Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perlu Tunggu Lebih Lama Untuk Cip Apple Baharu, Tiada Lagi 1 Cip Untuk 1 Tahun

Perlu Tunggu Lebih Lama Untuk Cip Apple Baharu, Tiada Lagi 1 Cip Untuk 1 Tahun

Diterbitkan Disember 23, 2021 oleh Meor Hasyim

Setiap tahun, kita akan menerima kemaskini produk Apple baharu seperti iPhone, komputer riba Mac, Apple Watch, dan juga cip terkini.

Menurut laporan dari Commercial Times, untuk cip silikon Apple, ia kini tidak lagi terikat dengan kemaskini 12 bulan sebaliknya perlu menunggu lebih lama iaitu 18 bulan.

Berita ini secara spesifiknya merujuk kepada cip komputer riba Mac terbaharu, Apple M2, yang bakal dilancarkan pada pertengahan akhir 2022 dengan nama kod Staten.

Perlu Tunggu Lebih Lama Untuk Cip Apple Baharu, Tiada Lagi 1 Cip Untuk 1 Tahun
Gambar hiasan

Sementara M2 Pro dan M2 Max pula bakal tiba pada pertengahan awal 2023.

Mengenai butiran cip, Apple M2 dijangka dibina dari proses 4nm dan bakal dikilangkan oleh TSMC. Dari Apple M2 ke cip Apple M3 yang lebih berkuasa, ia akan memerlukan tempoh 18 bulan sebagai jangka hayat sebelum diganti.

Ini bermakna sebagai pengguna biasa, kita boleh menjangka kemaskini perkakas yang lebih dari satu tahun untuk komputer riba Mac.

Mungkin selepas-selepas ini, cip produk lain seperti iPhone, Apple Watch dan sebagainya turut mengikuti jejak yang sama juga.

Sumber: Commercial Times, Macrumors

Baca juga:

  • Apple Bersiap-Siap Nak Keluarkan iPhone SE 3
  • Bukan Telefon Boleh Lipat Tapi iPhone 15 Mungkin Ada Kamera Berlipat
  • Disebabkan Bencana Yang Menimpa Di Malaysia, Apple Akan Beri Sumbangan

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY