Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Privasi

Aplikasi Facebook Dan Snapchat Dilapor Langgar Polisi Privasi Apple

Diterbitkan Disember 9, 2021 oleh Amsyar Latif

Seperti yang diketahui, bermula iOS 14.5, Apple sudah menawarkan satu fungsi baharu dalam meningkat privasi pengguna menerusi App Tracking Transparency (ATT). Melaluinya, pengguna ada pilihan agar tiada aplikasi yang menjejak mereka.

Pun begitu, terdapat beberapa aplikasi yang agak berdegil kerana mereka masih lagi menjejak pengguna. Berdasarkan laporan Financial Times, mereka mendakwa Facebook dan Snapchat menjejak pengguna walaupun memilih untuk tidak dijejak.

Tambahan lagi, jika melihat panduan yang diterbitkan Apple, mereka sebenarnya membenarkan pembangun untuk berbuat demikian.

Bermakna, pembangun aplikasi mempunyai cara unik dan tersendiri. Mereka akan menjejak sekumpulan pengguna dan bukan secara individu kerana tiada maklumat terperinci mengenai aktiviti yang dilakukan di dalam aplikasi.

Selain itu, Snapchat menyatakan bahawa mereka telah menjual sebanyak 306 juta data kepada pengiklan. Sementara Facebook juga sentiasa berusaha dalam memperoleh data pengguna lebih-lebih lagi apabila Apple memperkenalkan ciri ATT.

Jadi, tidak hairan jika terdahulu terdapat laporan yang mana beberapa syarikat gergasi media sosial terjejas dari segi pendapatan.

iOS 15.2 ATT

Dalam pada itu, sekiranya anda pengguna iPhone yang mementingkan privasi, kemas kini iOS 15.2 bakal memaparkan App Privacy Report. Di sini, anda dapat mengetahui aplikasi mana yang kerap menjejak anda.

Sumber: XDA

Baca juga:

  • Apple Music Dengan ‘Voice Plan’ Bakal Hadir di iOS 15.2, Harga Lebih Murah

  • Dalam Diam Tim Cook Buat Perjanjian Dengan China Pada 2016, Mungkin Lanjut Ke 2022

  • Lebih 300 Saintis Desak Zuckerberg Beri Akses Terhadap Data Dalaman Meta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY