Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Amazon Alexa Akhirnya Temui Batu Nisan Selepas 25 Tahun

Amazon Akan Labur $5 Bilion Di Indonesia Dalam Tempoh 15 Tahun

Diterbitkan Disember 21, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Amazon Web Services (AWS) milik Amazon telah melancarkan rantau awanan baharu mereka di Jakarta, dinamakan AWS Asia Pacific (Jakarta).

Bukan itu sahaja, AWS juga merancang untuk melabur sehingga $5 bilion (21 billion) dalam tempoh 15 tahun. Ia termasuk pembinaan pusat data, penyelenggaraan dan yang berkaitan operasi.

Dengan infrastruktur ini, dijangka sebanyak 24,700 pekerjaan dapat disediakan.

AWS masuk ke Indonesia pada 2018 dengan menyediakan sokongan teknikal untuk pengguna dan hanya pada Mac lalu mereka melancarkan Amazon CloudFront.

Indonesia mempunyai populasi keempat terbesar di dunia dan mempunyai ekonomi digital yang yang pesat dirangsang beberapa tahun ini.

Selain AWS, syarikat gergasi seperti Alibaba, Microsoft, Google dan Tencent juga telah tiba di tanah seberang. Alibaba Cloud telah membuka 3 pusat data di sana, Tencent sedang merancang untuk membuka pusat data kedua manakala Microsoft pula dilaporkan untuk membuka yang pertama.

Google Cloud juga tidak ketinggalan, mereka telah menjalinkan kerjasama dengan pengendali pusat data tempatan.

Dengan perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan dan kemasukan pelbagai gergasi IT di sana, pasti kita tertanya-tanya, apakah masa depan Malaysia dalam dunia yang berpaksikan ekonomi digital.

Sumber: Nikkei Asia

Baca juga:

  • Boost Turut Sediakan Kemudahan Sumbangan Untuk Bantu Mangsa Banjir
  • Amazon Alexa Akhirnya Temui Batu Nisan Selepas 25 Tahun
  • 5 Fakta Menarik Sejarah Teknologi Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY