Menurut analisis telefon pintar global yang telah dikeluarkan oleh Canalys baru-baru ini, OPPO telah memasuki Top Smartphone Vendors 2019 dan berada di tempat kedua pada pasaran di Malaysia. OPPO telah menguasai 18% pada unit saham dan 21% pada YoY Growth.
Bagi tahun ini pula, OPPO akan melancarkan model flagship iaitu OPPO Find X2. Peranti yang menyokong rangkaian 5G ini, dikatakan peranti yang canggih dan menggunakan teknologi yang lebih baik.
OPPO Find X2 dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 865. Kadar segar didatangkan dengan 120Hz dan resolusi QHD+. Sistem pengecasan pantas yang digunakan adalah SuperVOOC 65W. Masa pengecasan hanya mengambil masa 35 minit sahaja.
OPPO akan terus memberi keutamaan dan menyediakan teknologi yang terbaik untuk pengguna mereka. Selain itu, mereka juga akan terus berusaha untuk memantapkan lagi dalam inovasi reka bentuk, kamera dan prestasi dalam peranti mereka.
Berkaitan
- OPPO Reno2 Ocean Blue Bekerjasama Dengan Starbucks Malaysia Sempena Pembukaan Kedai Utama Kedua
- Canon Menawarkan ImageCLASS Printer, PIXMA Siri G Printer dan Wireless Presenters Di Malaysia
- OPPO A91 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Dalam Masa Terdekat
- Realme Telah Capai 865% Pertumbuhan Tahun-Ke-Tahun Di Malaysia
- Vivo Malaysia Beri Sumbangan 20 Ribu Topeng Muka Kepada Yang Memerlukan Sepanjang Covid-19
- OPPO Enco Free Kini Di Malaysia Pada Harga RM499
- Vivo Malaysia Sumbang Cecair Pembersih Tangan Kepada Orang Ramai
- Dapatkan Cecair Pembersih Tangan Secara Percuma Dari Vivo Malaysia Pada Ahad Ini
- Xiaomi Malaysia Tawarkan Potongan Harga Sehingga 32% Sempena Ulang Tahun Ke-8 Lazada
- StarHub dan U Mobile Malaysia Akan Bekerjasama Dalam Menjalankan Ujian Perayauan 5G SA