Apa itu 5G SA dan 5G NSA?
5G SA adalah singkatan daripada 5G Standalone iaitu rangkaian yang tidak menggunakan infrastruktur 4G. Kelebihan Standalone adalah ia lebih cekap serta lebih baik. Ia turut mampu mengurangkan kos peranti dan meningkatkan prestasi dalam saluran data hingga sempadan rangkaian disamping membantu penggunaan tanpa wayar.
Singkatan 5G NSA pula merujuk kepada 5G non-standalone yang bermaksud rangkaian 5G disokong oleh infrastruktur 4G sedia ada. Peranti 5G yang dibolehkan akan menyambung kepada frekuensi 5G untuk penghantaran data tetapi masih menggunakan 4G untuk ciri bukan data seperti menyambung ke stesen pangkalan dan pelayan. Rangkaian NSA 5G hanya boleh menyokong dua kes penggunaan iaitu Enhanced Mobile Broadband dan Massive Machine Type Communications.
Melalui proses ujian, kedua-dua pengendali telekomunikasi akan memantau prestasi dan mengumpulkan data yang akan membantu pasukan mewujudkan aspek utama seperti konfigurasi dan tetapan rangkaian yang betul. Ini adalah untuk memastikan perayauan 5G yang lancar bagi pelanggan apabila ia akan dilancarkan secara komersil. Pengendali telekomunikasi juga akan melihat aspek-aspek seperti titik harga komersil yang bersesuaian untuk perayauan 5G di kedua-dua negara.
Ujian perayauan 5G SA yang pertama di antara StarHub dan U Mobile dijangka akan dijalankan pada suku pertama tahun 2020.
Berkaitan
- Lebih 500 Juta Pengguna Guna Google Assistant Pada Setiap Bulan
- Kerajaan Membangunkan Aplikasi Mengesan Pergerakan Rakyat Malaysia
- Tips Gunakan Google Search Dengan Lebih 'Pro'
- Kenapa Anda Perlukan Telefon Dengan Paparan 120Hz? Apa Itu Refresh Rate Dan FPS
- Peranti 5G Mampu Milik Dari realme
- Peranti 5G Mampu Milik Dengan Skrin 120Hz
- Relevan lagi ke Google Pixel 3XL untuk tahun 2020?
- ASUS Umum Model Terbaru TUF Gaming A15 Dan A17 Dengan Cip Pemproses AMD Ryzen
- iPhone SE 2/iPhone 9 Mungkin Dilengkapi A13 Bionic
- 'Trade in' Peranti Lama Anda Untuk Beli Samsung Galaxy S20