Dapatkan Cecair Pembersih Tangan Secara Percuma Dari Vivo Malaysia Pada Ahad Ini

Berikutan wabak Covid-19 yang sedang melanda di Malaysia baru-baru ini, vivo Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga bagi mencegah dari wabak koronavirus. Amalan cuci tangan serta penggunaan cecair pembersih tangan amat penting pada masa kini.

Akan tetapi, berlaku juga permasalahan yang melanda pada bahagian pasaran mengenai kekurangan cecair pembersih tangan. Oleh sebab itu, syarikat pengeluar telefon pintar jenama vivo mengambil inisiatif untuk mengedarkan cecair pembersih tangan secara percuma kepada orang ramai.

vivo malaysia

Orang ramai boleh menebus cecair pembersih tangan secara percuma pada Ahad ini 15 Mac 2020 pada jam 2 hingga 5 petang di Vivo Concept Store yang terpilih seperti di bawah :

  1. Mid Valley, Kuala Lumpur

  2. Sunway Pyramid, Selangor

  3. Quensbay Mall, Penang

  4. Aeon Tebrau City, Johor


vivo malaysia

Inisiatif yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk memastikan kesihatan dan keselamtan orang ramai terjaga. Vivo Malaysia turut bersimpati ke atas mangsa yang telah dijagkiti wabak tersebut.