Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Realme Telah Capai 865% Pertumbuhan Tahun-Ke-Tahun Di Malaysia

Realme Telah Capai 865% Pertumbuhan Tahun-Ke-Tahun Di Malaysia

Diterbitkan Mac 10, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Jenama realme telah lama memasuki pasaran telefon pintar di Malaysia kira-kira dua tahun yang lalu. Perkembangan terbaru mengenainya, mereka telah mencapai pertumbuhan tahun-ke-tahun sebanyak 865% dari tahun 2018 sehingga 2019.

realme

Bukan itu sahaja, realme Malaysia juga telah mencapai 7.5% dalam bahagian pasaran pada pasaran telefon pintar Android. Ia juga dikatakan sebagai jenama yang telah mencapai pertumbuhan terpantas telefon pintar di dunia pada tahun 2019.

Jenama realme juga menjadi jenama telefon pintar yang berkembang pesat di seluruh dunia dengan memasuki senarai 7 teratas pada pasaran global tahun 2019.

realme

“Di Malaysia, kami sentiasa memajukan sempadan dan memecahkan rekod baru dengan semangat ‘Dare to Leap’ kami. Kami tidak akan dapat mencapai keputusan sedemikian tanpa sokongan daripada pasukan, peminat serta industri kami…

…Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas semangat dan cintanya kepada realme dan akan meneruskan semangat ‘Dare to Leap’ untuk terus berinovasi dan membawa produk yang lebih menarik untuk peminat kami di Malaysia,” kata Encik Hunter Wang, CEO realme Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY