OPPO Reno7 5G dan Reno7 Pro 5G telah pun dilancarkan beberapa hari lalu di Malaysia. Kini, OPPO melancarkan peranti baharu pula menerusi Reno7 Z 5G di Thailand yang mana menggunakan rekaan yang hampir sama tetapi spesifikasi berbeza berbeza.
Sebagai sebuah peranti permulaan untuk siri Reno7, ini adalah spesifikasi yang ditawarkan:
OPPO Reno7 Z 5G
- Cipset: Snapdragon 695
- Skrin: 6.43 inci AMOLED FHD+, kadar segar semula 60Hz, kadar input sentuh 180Hz
- Kamera: 64MP utama, 2MP monokrom, 2MP makro dan 16MP swafoto
- Storan: 8GB RAM+ 128GB storan UFS2.2
- Bateri: 4,500mAh dengan pengecasan pantas 33W
Tidak seperti siri model Reno7 yang lain, Reno7 Z ini tidak dikuasakan oleh MediaTek tetapi oleh Snapdragon 695 5G. Seperti nama cip ini, kita sudah tahu yang ia menyokong fungsi 5G.
Seterusnya, skrin bersaiz 6.43 inci jenis AMOLED dengan resolusi FHD+, cukup baik untuk penghasilan warna yang lebih vibran namun peranti ini hanya menyokong kadar segar semula 60Hz sahaja. Turut disertakan pengimbas cap jari dibawah skrin untuk pengesanan biometrik.
Dilengkapi dengan sistem 3 kamera, 64MP lensa utama, monokrom dan makro masing-masing menggunakan lensa 2MP dan pada bahagian depan pula terdapat lensa 16MP yang ditempatkan pada bucu atas kiri skrin.
Apa yang menarik untuk Reno7 Z ini adalah ia mempunyai ciri pencahayaan pada bahagian kameranya seperti yang terdapat pada Reno7 Pro 5G.
Bateri yang dimuatkan adalah 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W. OPPO Reno7 Z 5G ini ini adakan ditawarkan dalam 1 varian saha iaitu 8GB+128GB storan dengan 2 pilihan warna iaitu Rainbow Spectrum dan Cosmic Black.
Sumber: GizmoChina
Baca juga: