Selepas digunakan pada model-model seperti siri Redmi Note 7, Xiaomi Mi 9 dan Honor View20, tetapan ini juga akan digunapakai pada Oppo F11 Pro yang akan dilancarkan pada 5 Mac nanti.
Selain itu, Oppo F11 Pro ini juga dilengkapi oleh kamera swafoto periskop 16MP bagi membolehkan paparan penuh tanpa takuk ditawarkan.
Setakat ini, pihak Oppo hanya mengesahkan beberapa perkara lain mengenai peranti ini.
Antaranya, ia akan hadir dengan tetapan dwi-kamera utama 48MP+5MP, 6.5-inci Panoramic Screen serta menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0.
Bagaimanapun, satu senarai spesifikasi peranti ini telah tertiris atas talian, di mana Oppo F11 Pro ini didakwa akan didatangkan dengan cip MediaTek Helio P70, 6GB RAM dan 64GB/128GB simpanan dalaman.
Ia bakal dijalankan dengan sistem ColorOS 6.0 berlandaskan Android 9 Pie dan dijana oleh bateri berkapasiti 4,000mAh.
Oppo F11 Pro ini akan dilancarkan di India terlebih dahulu pada 5 Mac ini namun ia dijangka tidak mengambil masa yang lama untuk tiba ke pasaran Malaysia kelak.
Sumber: OPPO MySmartPrice
Berkaitan
- OnePlus Hadir Dengan Program Percubaan Beta Untuk Kemaskini OxygenOS
- Xiaomi Redmi 6 Pro Diperkenalkan Dengan Rekaan Skrin Bertakuk Dan Kamera Dwi-Lensa
- Edisi Huawei P30 Pro Dengan Sokongan 5G Didakwa Hanya Akan Ditawarkan Di Eropah Sahaja
- Rabak Kotak - OPPO F11 Pro
- Huawei MediaPad M5 & M5 Pro - Bukti Kepercayaan Huawei Kepada Model Tablet
- Lenovo Z6 Pro Bakal Hadir Dengan "Kamera 100MP", Sistem Penyejukan Cecair Setaraf PC
- (Promosi) Penghantaran Percuma foodpanda Sepanjang Bulan Kemerdekaan Ini
- Model Peranti Huawei P20 Pro Dengan Warna Twillight Bakal Memasuki Pasaran Malaysia
- OnePlus 7 Dijangka Hadir Dalam Tiga Variasi Berbeza, Termasuk Satu Versi Pro
- Rekaan Kerangka HONOR 20 Pro Beri Bayangan Penggunaan Tri-Kamera Utama