Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
05_Wireless Air Charging_OPPO MWCS 21

OPPO Perlihatkan Demo Telefon Skrin Gulung Dan Cas Jarak Jauh

Diterbitkan Februari 24, 2021 · Dikemas kini Februari 24, 2021 oleh Amalina Athman

Pada acara Mobile World Congres, Shanghai (MWCS) yang berlangsung bermula semalam, OPPO telah mempertontonkan pelbagai teknologi terbaru mereka. Antaranya termasuk OPPO Wireless Air Charging iaitu teknologi pengecasan tanpa wayar jarak jauh dengan kuasa pengecasan sehingga 7.5W.

Dengan teknologi ini, pengecasan tanpa wayar jarak jauh boleh dilakukan pada jarak 10cm. Menurut OPPO, anda juga boleh memainkan permainan video walaupun ketika peranti sedang dicas.

Dalam video yang dimuatnaik, OPPO mempelihatkan teknologi ini dengan menggunakan peranti konsep OPPO X 2021 yang dinaiktaraf sokongan pengecasan tanpa wayar jarak jauh.

At #MWC21 this year we're showcasing the next evolution in charging ⚡

Presenting Wireless Air Charging – no cable, no charging stand, just freedom to move! #OPPOxMWC21 pic.twitter.com/ZCodQvT9Gm

— OPPO (@oppo) February 23, 2021

Bagi anda yang belum tahu, OPPO X 2021 merupakan peranti konsep dengan panel OLED boleh gulung. Peranti konsep yang berukuran 6.7-inci ini boleh dikembangkan sehingga 7.4-inci.

Konsep OLED boleh gulung ini juga menggunakan struktur dalaman dengan kekuatan yang konsisten menerusi Roll Motor Powertrain, plat 2 dalam 1 serta lapisan skrin Warp Track.

OPPO Wireless Air Charging

Dalam pada itu, OPPO turut memperlihatkan sejumlah teknologi pengecasan yang lain termasuk pengecasan pantas 125W yang boleh membuat pengisian penuh peranti dengan kapasiti bateri 4000mAh dalam tempoh 20 minit.

Turut diperkenalkan adalah pengecasan tanpa wayar 65W AirVOOC yang boleh membuat pengecasan penuh kapasiti bateri yang sama sekitar 30 minit.

Sumber: Siaran Akhbar OPPO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY