Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO PAD 2 – 2

OPPO Pad 2 Turut Diperkenal Dengan Tanda Harga RM2599

Diterbitkan Oktober 19, 2023 oleh Amsyar Latif

Selain OPPO Find N3 dan Find N3 Flip, OPPO juga membawa masuk OPPO Pad 2 ke pasaran Malaysia.

Melihat kepada rupa dan spesifikasinya, ia adalah OnePlus Pad versi global. Menampilkan skrin berukuran 11.61″ dengan nisbah 7:5, beresolusi 2800×2000 dan kadar segar semula 144Hz.

Memuaskan lagi paparan tersebut, OPPO Pad 2 dilengkapi 4 pembesar suara yang juga menyokong Dolby Atmos.

OPPO PAD 2 – 3
OPPO PAD 2 – 10
OPPO PAD 2 – 11
OPPO PAD 2 – 12

Ia dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9000 dengan padanan memori 8GB serta storan dalaman UFS 3.1 256GB. Bateri sebesar 9510mAh dibekalkan bersama-sama kelajuan mengecas 67W SuperVOOC yang mana OPPO mendakwa ia boleh cas penuh hanya dalam 81 minit.

OPPO PAD 2 – 1
OPPO PAD 2 – 7
OPPO PAD 2 – 8
OPPO PAD 2 – 9
OPPO PAD 2 – 4
OPPO PAD 2 – 5
OPPO PAD 2 – 6

Lain-lain spesifikasi, sama sahaja seperti OnePlus Pad di mana boleh sambung internet yang sama dengan telefon pintar, jawab panggilan atau menghantar mesej tanpa perlu buka telefon pintar, screen mirroring dan lain-lain.

Bagi yang berminat, OPPO Pad 2 yang menjalankan ColorOS for Pad ini akan tersedia bermula hari ini dengan harga RM2,599 yang mana terdapat juga aksesori OPPO Pad 2 Smart Touchpad Keyboard (RM399) dan OPPO Pencil (RM259) serta OPPO Pad 2 Leather Casing (RM159).

Bersempena kehadirannya, mana-mana pembeli layak menerima sarung pelindung kulit, 6 bulan storan Google One Cloud 100GB dan 3 bulan YouTube Premium (sementara stok masih ada).

Selain itu, pembeli yang membelinya mulai hari ini juga dapat diskaun 25% PWP untuk aksesori papan kekunci serta pencil tersebut.

  • Beli peranti OPPO di Shopee: https://invl.io/clk1lcm
  • Beli peranti OPPO di Lazada: https://invol.co/clk1lcu

Berkaitan

  • OPPO Inspiration Challenge 2023, Ciri Kesihatan Dan Bungkusan Mesra Alam Jadi Pilihan
  • OPPO Find N3 Flip Rasmi, 'Flip' Pertama Dengan 3 Kamera Pada Harga RM4,399
  • OPPO Find N3 Dilancar - Kini Lebih Besar Lebih Banyak Fungsi, Harga RM7,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY