OPPO Malaysia Turunkan Harga Jualan OPPO F11 Pro

Dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada pertengahan Mac lalu, OPPO  FLl Pro diletakkan pada harga RM1399 dan pada bulan berikutnya,OPPO Malaysia menurunkan harga jualan kepada RM1299.

Kini, menerusi pengumuman di media sosial, OPPO Malaysia sekali lagi memberikan kemaskini harga bagi model berkenaan dimana ia boleh didapati pada harga RM1199 untuk versi RAM 6GB dan storan dalaman 128GB.


OPPO F11 Pro merupakan sebuah peranti yang dilengkapi dengan skrin paparan 6.5 inci, cip MediaTek P70, kamera hadapan terangkat 16MP, dwi kamera belakang terdiri daripada lensa 48MP dan 15MP.

https://www.youtube.com/watch?v=Gj9nosp5K10

Menjana peranti adalah bateri berkapasiti 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 3,0 dan ia akan menjalankan sistem antaramuka COLOR OS 6.0 berasaskan Android Pie 9.0.