Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-06-12 at 6.56.25 PM

ASUS Malaysia Umum VivoBook Ultra K403, Harga Bermula Dari RM2699

Diterbitkan Jun 12, 2019 ยท Dikemas kini Jun 12, 2019 oleh Helmi Samsuri

Pada sebuah acara pelancaran yang berlangsung sebentar tadi, ASUS Malaysia telah mengumumkan VivoBook Ultra K403 untuk bakal pembeli bagi pasaran tempatan.

Hadir dengan rekaan logam kompak yang ringkas dan kemas, komputer riba ini hanya seberat 1.3kg dan menariknya ia dibangunkan dengan piawaian ketenteraan (MIL-STD-810G) dari segi ketahanan rekaan.

Screenshot 2019-06-12 at 6.55.41 PM

Selain itu, VivoBook Ultra K403 turut dijanjikan dengan tempoh janaan bateri mencecah 24 jam (72W), memberi kemudahan kepada pengguna yang mempunyai urusan diluar.

Screenshot 2019-06-12 at 6.56.36 PM

Ia disediakan dengan dua pilihan warna iaitu Silver Blue dan Petal Pink, sesuai digayakan pengguna moden masa kini. Panel paparan NanoEdge berbingkai nipis pada setiap sisi dengan nisbah paparan 16:9 pada resolusi 1920 x 1080. Ia turut menawarkan sudut pandang yang lebih luas dan bercirikan anti silau.

Screenshot 2019-06-12 at 6.56.41 PM

Harga berbeza mengikut cip pemproses iaitu i3 – 8145U (RM2699) sementara i5-8265U (RM3399).

ASUS Malaysia Umum VivoBook Ultra K403, Harga Bermula Dari RM2699
ASUS Malaysia Umum VivoBook Ultra K403, Harga Bermula Dari RM2699

Spesifikasi VivoBook Ultra K403:

  • Sistem operasi
    • Windows 10 Home
  • CPU
    • i3 -8145U generasi ke-8
    • i5 – 8265U generasi ke-8
  • Grafik
    • Intel HD Graphics 620
  • Paparan
    • 14 inci FHD (1920 x 1080), tebal bezel 4.1mm
  • Memori/Storan
    • 8GB LPDDR3 2133GHz
    • 512GB PCIe Gen 3 x2
  • Port sambungan
    • 1x USB 3.1 Gen1 Type-C

    • 1x USB 3.1 Gen 1 Type A

    • 1x USB 2.0 Type A

    • 1x Audio combo jack

    • 1x HDMI 1.4

    • 1x SD Card Reader

    • 1x DC Jack

  • Audio
    • 2x pembesar suara stereo
    • Teknologi Sonic Master
  • Bateri
    • 72Wh Lithium-polymer (4 sel)

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY