Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Malaysia Reno10

OPPO Malaysia Bakal Lancar Siri Reno10 Pada Minggu Depan

Diterbitkan Jun 28, 2023 · Dikemas kini Jun 28, 2023 oleh Amalina Athman

Siri Reno10 telah pun dilancarkan di China pada Mei lalu. Untuk pasaran tempatan, OPPO Malaysia kini mengumumkan siri Reno10 akan dilancarkan pada 6 Julai 2023.

Berkaitan

  • Siri OPPO Reno10 Dilancar Di China
  • Ini 11 Peranti OPPO Yang Disahkan Bakal Terima Android 14

Siri Reno10 hadir dengan tiga model termasuk Reno10, Reno10 Pro dan Reno10 Pro+.

siri Reno10

Menyentuh serba sedikit mengenai spesifikasinya, Reno10 Pro+ merupakan model paling berkuasa, yang mana ia dilengkapi cip pemproses Snapdragon 8+ Gen 1, sokongan pengecasan 100W SuperVOOC, 64MP telefoto dengan OIS dan sebagainya.

Sementara itu, Reno10 Pro didatangkan dengan 32MP telefoto dan sokongan pengecasan 80W. Model asas dalam siri berkenaan, Reno10 hadir dengan sokongan pengecasan 67W serta 32MP telefoto.

Bagi mengetahui lain-lain spesifikasi, termasuk penawaran RAM, storan serta harga jualan untuk pasaran tempatan, nantikan pelancaran siri Reno10 yang dijadualkan berlangsung pada 6 Julai 2023.

Sumber: OPPO Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY