OPPO Lancar Fon Telinga Tanpa Wayar OPPO Enco M31 Dengan Harga RM 199

Baru-baru ini, OPPO telah melancarkan fon telinga tanpa wayar dengan rekaan gelung leher yang diberi nama OPPO Enco M31. Dengan rekaan tersebut ia sesuai digunakan ketika bersukan, jogging dan sebagainya.

Peranti ini menyokong LDAC di mana pengguna dapat audio yang terbaik apabila menggunakannya. OPPO Enco M31 dilengkapi dengan sokongan Bluetooth 5.0 dan menawarkan ketahanan bateri sehingga 12 jam. Bateri pula berkapasiti 88mAh dan menyokong pengecasan pantas.

Selain itu, ia juga boleh memainkan audio yang biasa sehingga 12 jam, audio yang beresolusi tinggi sehingga 8 jam dan 6 jam panggilan tanpa hingar. Enco M31 didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, hijau dan merah jambu. Ia mempunyai rekaan yang menarik dan hadir dengan fungsi tahan air IPX5.

oppo enco m31

Pengguna boleh dapatkan OPPO Enco M31 dengan harga RM 159 sempena ulang tahun Lazada dari harga asal yang berharga RM 199. Tawaran ini dibuka pada 27 Mac 2020 bermula 12 pagi sehingga 2 petang. Nikmati tawaran ini yang hanya tersedia 1000 unit sahaja.