Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Telefon Pintar 5G Pertama Untuk Pasaran Malaysia

Diterbitkan Oktober 14, 2019 · Dikemas kini November 11, 2019 oleh Syifa' Syakinah

Vivo Malaysia telah menjadualkan 17 Oktober 2019 sebagai tarikh acara pelancaran rasmi bagi model flagship terbaru mereka, Vivo NEX 3. Ia bakal didatangkan dengan dua versi iaitu 4G serta 5G, menjadikan penawaran ini sebagai sebagai peranti 5G pertama dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Telefon Pintar 5G Pertama Untuk Pasaran Malaysia

Vivo Nex 3 hadir dengan ciri dan keunikan yang tersendiri serta merupakan peranti terawal memperagakan skrin paparan melengkung dipanggil sebagai Waterfall FullView. Selain menampilkan sisi elegan paparan melengkung itu, ia turut memberikan pengalaman baru kepada pengguna sewaktu menonton video atau bermain permainan mudah alih.

Skrin paparan ‘air terjun’ bukanlah satu-satunya daya penarik pada model ini, dimana Vivo Nex 3 5G turut dibekalkan dengan spesifikasi berkuasa lain seperti  Snapdragon 855 plus,  tiga kamera, konfigurasi RAM dari 8GB sehingga 12GB serta ruang simpanan sebesar 256GB.

Telefon Pintar 5G Pertama Untuk Pasaran Malaysia

 

Untuk makluman lanjut boleh layari laman web Vivo Malaysia dan Facebook Vivo.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY