Pertama kali kita mendengar mengenai perancangan OPPO membangunkan cip pemprosesan adalah sekitar November tahun lalu, dimana nama OPPO M1 telah difailkan pada EUIPO.
Perkembangan terkini, syarikat pengeluar kelima terbesar didunia itu nampaknya semakin rancak dengan melantik beberapa jurutera dari MediaTek serta UNISOC. Salah seorang daripadanya adalah Jeffery Lu yang merupakan Ketua Pegawai Operasi MediaTek.
Selain daripada dua syarikat pembuat cip tersebut, dikatakan juga OPPO ada mendekati kakitangan daripada Qualcomm serta HiSilicon. Pembangunan cip pemproses memerlukan tenaga dan menelan kos yang tinggi, namun dengan pengambilan pakar-pakar sedia ada ia mungkin dapat diatasi.
Tambahan lagi OPPO boleh menguatkan lagi pembekalan untuk peranti disamping tidak terlalu bergantung kepada pembuat cip yang lain.
Sumber: Nikkei Asian Review
Berkaitan
- Teknologi OPPO VOOC Flash Charge Dilesenkan Untuk Beri Nikmat Kepada Pengguna Telefon Pintar Yang Lain
- Siri OPPO Find X2 Kini Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM3999
- OPPO Buat Ujian Akses Internet 5G, Mahu Jadi Yang Pertama Keluarkan Telefon Pintar 5G
- OPPO Reno Dan Reno 10x Zoom Edition Dilancarkan, Dilengkapi Dengan Kamera Pop-Up Unik
- OPPO A17K, Telefon Bawah RM500 Terbaru Di Malaysia
- Tablet OPPO Mungkin Hadir Dengan Spesifikasi Ini
- Huawei, OPPO Dan Xiaomi Akan Guna Cip MediaTek Dimensity 720
- OPPO Sedang Persiapkan Pengecasan Tanpa Wayar Lebih Pantas Daripada Teknologi Sedia Ada
- OPPO F3 Dan F3 Plus Dilancar Di Lima Buah Negara 23 Mac Ini
- Sesuai Dijadikan Hantaran Kahwin, OPPO Reno6 Z Shiseido Boleh Ditempah Khamis Ini