Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Digi Buka Pra-Tempah Siri OPPO Reno7 Mulai Hari Ini, Harga Serendah RM45 Sebulan

Posted on Februari 23, 2022

Digi telah mengumumkan pra tempah untuk siri OPPO Reno 7 (OPPO Reno 7 dan OPPO Reno 7 Pro) melalui program pemilikan telefon Digi Phone Freedom 365 (PF365) bermula dari 22 Februari 2022 hingga 4 Mac 2022.

Siri OPPO Reno 7 ini boleh dimiliki dengan harga serendah RM45 sebulan dan jimat sehingga RM1,463. Dengan setiap pembelian OPPO Reno 7 ini juga, anda akan menerima 85GB internet berkelajuan tinggi.

Melalui pra tempah OPPO Reno 7 ini juga, anda layak menerima hadiah percuma seperti OPPO Enco Buds (RM159), OPPO Reno Bag (RM109), OPPO Care 1 Year, Perlindungan Kerosakan Skrin (RM139) dan keistimewaan ahli OPPO yang bernilai sehingga RM999.

Pra tempah OPPO Reno 7 ini boleh dilakukan secara dalam talian sahaja dengan melayari laman web Digi atau Digi Store Online (DSO).

Selain itu, anda juga boleh terus walk-in ke kedai Digi seluruh negara bermula 5 Mac 2022 untuk pembelian peranti siri OPPO Reno7.

Sumber: Siaran Akhbar Digi

Baca juga :

  • Siri OPPO Reno7 Rasmi Di Malaysia, Pra-Tempah Bermula Hari Ini
  • Reaksi Awal OPPO Reno7 Dan Reno7 Pro – Menawan Dan Tertawan
  • Siri OPPO Reno7 Dah Rasmi, Ada 3 Model Untuk Dipilih

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress