OPPO F9 Warna Ungu Berlian Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

Sejak diperkenalkan pada pertengahan Ogos yang lalu, OPPO F9 telah menawan hati ramai peminat siri F di Malaysia.

Menawarkan rekaan takuk seperti "titisan air", pengecasan pantas selama 5 minit yang mampu bertahan 2 jam panggilan suara, OPPO F9 juga diberikan variasi warna yang menarik.

 

Bakal menambah pilihan warna kepada pembeli tanah air, warna Ungu Berlian atau Starry Purple akan ditawarkan tidak lama lagi.



Bagi yang berminat untuk memilikinya, OPPO F9 membawakan spesifikasi seperti berikut:

  • Skrin 6.3 inci dengan nisbah paparan 19.5:9

  • Cip MediTek Helio P60

  • RAM 6GB dan storan 64GB

  • Kamera selfie 25MP dengan sokongan HDR

  • Kamera utama 16MP dan 2MP

  • Pengecasan pantas VOOC

  • Harga jualan RM 1399