Kamera wide angle selfie yang diambil menggunakan sensor 8MP manakala untuk foto resolusi yang tinggi kamera ini menggunakan sensor 16MP. Untuk kamera utama pula peranti ini menggunakan perkakasan yang sama seperti Oppo R9s iaitu sensor Sony IMX398 bersama aperture yang agak tinggi pada f/1.7. Terdapat juga ciri sokongan autofokus Dual Pixel dan Dual Tone flash LED.
Model F3 Plus ini dilihat mempunyai saiz paparan skrin yang lebih besar dengan 6 inci skrin bersama 2mm ruang bezel di bahagian atas dan bawah. Ianya mempunyai paparan skrin 10880p di lindung oleh Gorilla Glass 5. Baterinya juga boleh tahan dengan 4000mAh memastikan jangka hayat yang panjang.
Oppo dilihat masih ketinggalan dari segi spesifikasi dalaman. Yelah, diorang ni fokus kat kamera depan je sebenarnya. Tetapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 653 yang juga mempamerkan 4 teras A53 bersama RAM bersaiz 4GB secara teorinya sudah cukup memadai untuk pengguna menjalankan tugas dengan lancar.
Peranti ini dijalankan dengan sistem operasi Android 6.0 yang juga disetakan bersama sistem operasi terbaru Oppo, Color OS 3.0.Pengunguman rasmi akan dibuat pada 23 March(esok) dan kami akan laporkan spesifikasi penuh bersama model Oppo F3.
Sumber
Berkaitan
- OPPO F11 Pro Bakal Tiba Ke Pasaran Malaysia Pada Bulan Ini
- Dapatkan OPPO Reno2 Dengan Faedah 0% Apabila Guna Kredit Aeon
- OPPO Menang Anugerah "One to Watch" Pada TechRadar Mobile Choice Consumer Awards 2018
- Oppo F9 Akan Hadir Dengan Pilihan Warna Baru Pada Bulan Ini
- OPPO Reno2 Kini Hadir Dalam Pilihan Warna Ocean Blue
- OPPO Hadir Dengan Rekaan Paten Pelik, Peranti Dengan Paparan Meluncur
- Dapatkan OPPO A9 2020 Dengan Harga RM999 Sempena Jualan 12.12
- Reaksi Orang Ramai Unboxing OPPO F11 Pro- Ramai Teruja Dengan Peranti Ini
- Oppo F9 Atau Vivo V11, Mana Satu Patut Korang Pilih
- Oppo Mungkin Akan Memperkenalkan Satu Siri Baru Pada 10 Oktober Ini