OPPO Akan Tampil di MWC 2017 Dengan Teknologi Fotografi '5X'

Oppo telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar yang memberitahu tentang salah satu telefon pintar terbaru mereka yang akan diumumkan semasa MWC 2017 di Barcelona pada 27 haribulan ini.

Mengikut daripada gambar teaser dari OPPO ini tidak banyak yang boleh kami perkatakan selain daripada info tentang peranti ini akan dimuatkan dengan keupayaan zoom optikal yang tinggi berdasarkan slogan yang tertulis "GO 5X FURTHER"

gsmarena_001 (9)

Naib Presiden OPPO dan Pengarah Urusan Perniagaan & Presiden OPPO India International Mobile, Sky Li berkata "Ini merupakan pencapaian yang luar biasa OPPO hasil daripada proses R&D yang panjang dan teliti, digabungkan dengan kepakaran OPPO dalam teknologi pengimejan telefon pintar".

"Kami memilih MWC untuk memperkenalkan teknologi '5x' dan kepercayaan bahawa kita boleh memberi inspirasi kepada industri untuk mencapai matlamat lebih tinggi, dan terus mencipta produk perintis yang memberi pengalaman menakjubkan kepada pengguna" Katanya lagi.

Oppo kini adalah jenama telefon pintar yang ke-4 terbesar di dunia dan merupakan ke-2 terbesar di Malaysia di bawah Samsung dengan 10.4% pasaran saham pada tahun lepas.

Sumber