Menurut GSM Arena, gambar tertiris ini bukan datang daripada sumber ofisial, tetapi kebarangkalian peranti ini sama seperti gambar dibawah adalah tinggi.
Melalui gambar ini jika kami dapat simpulkan LG bakal mempamerkan rekaan seakan LG G6 yang dilancarkan beberapa bulan lepas dengan ciri bazel nipis dan paparan skrin lengkung.
LG V30 dijangka memiliki paparan skrin OLED dengan resolusi QHD+ bersaiz 6 inci pada nisbah 18:9. Gambar di atas adalah gambar perbandingan saiz antara LG G6, LG V30 dan Samsung Galaxy S8+.
Menurut ibtimes.com, LG V30 akan memfokuskan pada rakaman video dan audio. Jika dilihat daripada gambar tertiris di atas, peranti ini akan mengekalkan rekaan tetapan dwi-kamera dengan sensor utama memiliki aperture setinggi f/1.6 bersama Cine Video dan efek Live Zoom.
Dari segi audio, LG dilihat membawakan penambahbaikkan daripada peranti sebelumnya, LG V20 dengan memuatkan sokongan Quad DAC bersama binaan dalam Advanced Quad DAC. LG V30 turut dikatakan akan menambah ciri seperti Hi-Fi Digital Filter, Sound pre-sets dan Hi-Fi Streaming MQA.
Untuk rakaman audio pula, LG V30 dikatakan hadir bersama rakaman video Hi-Fi bersama RAM. Ini bermakna peranti ini boleh disambungkan dengan mikrofon untuk rakaman audio misalnya.
LG V30 berkemungkinan besar berkerjasama dengan Bang & Olufsen (B&O) untuk memainkan semula audio di peranti tersebut.
Sama-sama kita nantikan tarikh pelancaran V30 ini yang dijadualkan pada 31 Ogos ini.
Sumber: GSM Arena, ibtimes.com
Berkaitan
- Honor Watch Magic : Fitness Tracker Yang Berselindung Didalam Sebuah Smartwatch
- Xiaomi Umum Pelancaran Peranti Mi 8 Di Malaysia, Dijual Dengan Harga Tidak Masuk Akal
- Kemaskini Terbaru iOS 12.1.4 & macOS Mojave 10.14.3 Sedia Untuk Dimuat Turun, Selesaikan Masalah Pepijat FaceTime
- Honor Beri Peluang Peminat Beli Honor Play Pada Harga Tidak Masuk Akal Sempena 12.12
- Promosi Jualan Honor 8X Akan Berlangsung 12-14 Oktober Ini, Pelbagai Hadiah Menarik Ditawarkan
- Rekaan Baru Mercedes Maybach 6 Ini Sangat Cun Dan Mengiurkan
- Peranti Oppo Mungkin Hadir Dengan Paparan Samsung Edge Tidak Lama Lagi
- Oppo R17 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia, Dilengkapi Dengan Tri-Kamera Utama
- Pokemon Go Akan Datang Bersama Apple Watch 2
- #MWC2019 - Pengalaman Awal Pegang Xiaomi Mi9 Dengan Tetapan 3 Kamera