OPPO A93 - 6 Lensa, 6 Fungsi Kamera AI Untuk Kepuasan Kualiti Gambar Maksimum


Siri OPPO Reno4 hadir dengan sejumlah fungsi kamera yang menarik seperti AI Color Potrait, Ultra Steady Video, dan juga Night Flare Potrait.

Namun begitu, jika anda mahukan pilihan lebih mampu milik dengan fungsi kamera yang sama, ini adalah di mana OPPO A93 merupakan telefon yang sesuai.

OPPO A93 baru sahaja dilancarkan awal bulan ini. Ia merupakan sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang memfokuskan kepada penawaran kamera dalam pakej yang mampu milik.



Artikel ini, kami akan membawakan ciri dan fungsi menarik yang terdapat pada OPPO A93 lebih-lebih lagi pada kameranya.

Binaan Cantik Yang Nipis Lagi Ringan


OPPO A93 direka hanya senipis 7.48mm dan ringan 164g. Masa kini, lambakan telefon pintar hadir dengan rekaan yang tebal dan juga berat.



Dengan OPPO A93, genggaman dan pegangan lebih selesa dengan saiz fizikal yang lebih sesuai untuk dibawa ke mana-mana.

OPPO A93 juga merupakan telefon OPPO pertama dengan rekaan 220° melengkung sisi dengan kemasan matte.



Bukan sahaja kemasannya cantik, bahkan ia tidak mudah lekap cap jari dan tidak licin menjadikan anda lebih yakin menggunakannya tanpa memakai sarung pelindung.

OPPO A93 hadir dengan skrin Dual-Punch Hole berukuran 6.43 AMOLED Full HD+ untuk paparan terang dan berkualiti.



Tambahan lagi, skrin ini juga terdapat pengimbas cap jari yang mampu menyahkunci telefon sepantas 0.3 saat sahaja.

6 Kamera Untuk Kepuasan Tangkapan Maksimum


Bukan 4, bukan 5, tetapi 6 kamera yang dimuatkan pada OPPO A93. Pada bahagian belakang, 4 kamera diletakkan yang memuatkan 48MP+8MP+2MP+2MP. Manakala bahagian hadapan pula ada 16MP+2MP.



Bersama-sama dengan 6 kamera tersebut, sejumlah ciri dan fungsi menarik kamera AI turut disertakan untuk memberikan pengalaman penggambaran yang menarik.

Yang pertama adalah AI Color Portrait. Fungsi ini digunakan dalam mod potret untuk menyerlahkan lagi subjek dengan warna merah, hijau, atau biru.



Apabila digunakan, subjek akan kelihatan lebih menarik dan ia sangat sesuai digunakan secara kreatif di media sosial.



AI Super Clear Portrait pula memastikan butiran dan perincian yang tinggi seperti rambut dan juga bulu kening akan masih jelas.



Cahaya kurang atau waktu malam? Inilah masanya untuk menggunakan AI Super Night Portrait. Ia akan memastikan gambar kekal cerah dan ceria walaupun kekurangan cahaya.



Nak lagi menarik? Anda boleh bermain-main dengan AI Night Flare Portrait. Ia merupakan fungsi unik OPPO yang menggabungkan kesan bokeh dan algoritma HDR kurang cahaya menggunakan lensa belakangnya.



Dengan menangkap subjek di sebalik cahaya lampu persekitaran, perisian akan memimikkan imej seumpama ditangkap dari sebuah kamera DSLR.



Melalui kamera hadapan pula, pengguna akan ditawarkan dengan fungsi Dual Lens Bokeh. Bukan sahaja ia menyokong untuk fungsi fotografi, akan tetapi untuk video dan gambar secara berkumpulan juga turut dibolehkan.



Bagaimana hanya ada 48MP tetapi mampu menghasilkan gambar 108MP? Jangan risau. Ini adalah kerana OPPO A93 diperisikan dengan fungsi Ultra Clear Mode 108MP. Dengan gambar resolusi tinggi sebegini, sudah tentu butiran akan lebih jelas dilihat.


Sistem Dan Perisian Mencukupi Untuk Penggunaan Seharian


OPPO A93 dikuasakan oleh MediaTek Helio P95. Bersama-sama dengannya, RAM 8GB dan storan dalaman 128GB dibekalkan. Sokongan kad microSD turut disertakan untuk pengguna yang mahukan lebih simpanan maklumat.

Dengan bateri berkapasiti 4,000mAh, pengecasan pantas selaju 18W dibekalkan. Tambahan lagi, OPPO turut menyediakan fungsi AI Night Charging. Apabila pengguna mengecas pada waktu malam, sistem akan dioptimasikan untuk memenuhkan bateri 100% apabila tiba masa untuk pengguna bangun dari tidur.



Sistem operasi ColorOS 7.2 juga menyokong mod multi-pengguna. Ia membolehkan telefon dikongsi oleh pengguna berbeza dengan ruang privasi tersendiri.

ColorOS 7.2 lebih ringan dengan rekaan Infinite Edge Design yang lebih minimalis dan intuitif. Kini lebih banyak pengubahsuaian yang pengguna boleh laksanakan untuk disesuaikan dengan personaliti masing-masing. Ciri Dark Mode turut tersedia memberikan pengalaman penggunaan lebih selesa dan elegan dipandang.



Yang terbaharu adalah fungsi Air Gesture. Tanpa menyentuh telefon, pengguna boleh mengangkat panggilan telefon. Mudah, bukan?


Berminat Dengan OPPO A93?


OPPO A93 dijual pada harga RM1,299 dengan 2 pilihan warna iaitu Metalic White dan Matte Black.



Jika berminat untuk mendapatkan OPPO A93, anda boleh mendapatkannya di laman rasmi OPPO Malaysia, pengedar rasmi OPPO di seluruh negara dan juga jualan melalui Shopee dan Lazada.