Ini 5 Ciri Kamera Flagship Pada OPPO Reno4 Pro Yang Perlu Anda Tahu

Siri OPPO Reno4 baru sahaja dilancarkan di Malaysia. Ia hadir dalam 2 model iaitu Reno4 serta Reno4 Pro. Untuk anda yang tercari-cari peranti pintar dengan penawaran gambar dan juga video yang memuaskan, mungkin siri Reno4 ini yang anda cari.



Untuk itu, kami bawakan kepada anda ciri-ciri menarik yang terdapat pada siri OPPO Reno4 yang boleh digunakan ketika mengambil gambar dan video.

Sistem Kamera Yang Berkuasa Untuk Penggambaran Cantik


Siri OPPO Reno 4 dilengkapi dengan sistem kamera berkuasa dengan 4 lensa kamera belakang. Ia dimuatkan dengan 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP makro serta 2MP depth.



Untuk anda yang mahukan kualiti gambar yang menawan, kamera pada siri OPPO Reno 4 sudah tentu akan memuaskan hati. Tambah lagi dengan pilihan untuk menangkap gambar dengan sudut luas, makro dan juga potret.

Dengan kamera swafoto 32MP juga, anda akan mendapat kualiti gambar swafoto yang cantik. Terus siap untuk dikongsi bersama-sama rakan dan keluarga anda.

Serlahkan Kekereatifan Melalui Video & Gambar AI Color Portrait


https://www.youtube.com/watch?v=Xg8XOgJMkUY

Dengan video dan gambar AI Color Portrait, gambar akan lebih menarik dan juga kelihatan menonjol. Anda boleh kekalkan subjek dengan warna yang pop-up di sebalik latar belakang hitam putih.

Kapsyen: AI Color Potrait OFF dan AI Color Potrait ON


Monochrome Video pula membolehkan anda mencipta 3 jenis video dengan mengekalkan hanya warna merah, hijau, atau biru.

https://www.youtube.com/watch?v=Z5QS9NEhkfg

Sudah tentu anda akan nampak lebih menyerlah. Tambahan bermain dengan mod ini juga sangat menyeronokkan disebabkan hasilnya yang kelihatan kreatif di mata pengguna.

Rakaman Tanpa Gegar Ultra Steady Mode 3.0


https://www.youtube.com/watch?v=VCztD3_Qk7c

Apabila berkata tentang rakaman video, sudah tentu anda tidak mahu rakaman anda bergegar sana-sini yang kemudiannya menyakitkan hati yang menontonnya.

Pada siri OPPO Reno4, ia dilengkapi dengan fungsi Ultra Steady Mode 3.0 yang dapat membantu menyelesaikan masalah ini. Bukan sahaja anda dapat merakam video dengan lebih stabil, fungsi ini juga menampakkannya seolah dirakam dari peralatan tambahan seperti gimbal.

Gerak Perlahan 960fps Untuk Detik Lebih Menarik


Mahukan lebih keseronokan dalam rakaman. Cuba mod rakaman gerak perlahan 960fps. Dengan siri OPPO Reno4, rakaman perlahan 960fps ini akan merakam sebanyak 960 bingkai setiap saat.

https://www.youtube.com/watch?v=uQrIz9ySl5E

Ini menjadikan detik pantas dan juga sekelip mata boleh dilihat dalam keadaan biasa. Contoh-contoh suasana merakam 960fps adalah seperti bunga api, percikan air letupan dan sebagainya yang mempunyai gerakan pantas.

Ini juga adalah cara lain dalam OPPO Reno4 untuk mempelbagaikan keseronokan merakam yang melainkan persembahan video kepada penonton yang melihat.

Night Flare Portrait Dengan Kualiti Menawan


Waktu malam atau kurang cahaya bukanlah kekuatan kamera untuk kebanyakan peranti pintar. Digabungkan pula dengan potret, sudah tentu sukar untuk peranti pintar menghasilkan kualiti yang memuaskan hati pengguna.



Ini adalah sebab mengapa OPPO menyertakan mod Night Flare Portrait pada siri Reno4. Bukan sahaja ia memudahkan untuk digunakan, pengguna juga pasti akan berpuas hati dengan kualiti potret malam yang dipersembahkan.

Jika anda mahukan swafoto yang cantik walaupun pada waktu malam, Ultra Night Selfie Mode tersedia yang membantu meningkatkan lagi keperincian dan butiran dalam cahaya gelap.



Tambahan lagi, kamera belakang juga mempunyai Ultra Dark Mode yang mampu menangkap gambar dengan terang walaupun hanya cahaya hanya 1 lux sahaja.

Spesifikasi


Bukan sahaja siri OPPO Reno4 dilengkapi dengan kemampuan kamera yang baik, ia turut dilengkapi dengan teknologi peranti pintar yang menyeluruh. Ini dibuktikan dengan penawaran sistem pengecasan SuperVOOC Flash Charge 2.0 selaju 65W. Hanya memerlukan waktu selama 36 minit sahaja untuk memenuhi kapasiti bateri yang bersaiz 4,000mAh.

Skrin

Dengan skrin kadar segar semula 90Hz OLED serta paparan melengkung, OPPO Reno4 memberikan pengalaman tontonan yang lancar dan juga cantik dengan warna yang pekat. Selain itu, input sentuhan 180Hz juga memastikan setiap interaksi lebih pantas terutamanya apabila digunakan ketika bermain permainan.

Oppo Reno 4 Pro with 90 Hz refresh rate display, up to 12 GB RAM ...

Rekaan

Hanya seberat 161g bersamaan dengan tiga keping roti dan senipis 7.7mm, peranti terasa ringan yang tidak akan melenguhkan pengguna jika menggunakannya dalam jangka masa yang lama. Ia juga memperlihatkan sisi premium peranti di mana rata-rata pesaing lain mempunyai berat dan juga tebal yang melampau.



Prestasi

Kedua-dua OPPO Reno4 dan OPPO Reno4 Pro dikuasakan oleh Snapdragon 720G yang dipadankan dengan 8GB RAM serta storan dalaman 256GB. Untuk Reno4 pula storan dalaman adalah seluas 128GB.

Oppo Reno 4 Pro - Some Great Improvements Over the Reno 3 Pro - Mr ...

Perisian

Dilengkapi ColorOS 7.2, siri Reno4 menawarkan pengalaman perisian yang lebih mesra pengguna. Antara ciri menarik ColorOS kali ini termasuklah OPPO Lab iaitu aplikasi yang membolehkan pengguna memberikan maklum balas terhadap mana-mana ciri yang disukai atau tidak disukai.

ColorOS 7.2 official: all the news with OPPO Reno 4 - GizChina.it

Bukan itu sahaja, terdapat ciri Anti-Fragmentation Engine, yang mengurangkan sehingga 93% kebarangkalian crash.

AI APP juga membantu peranti lebih bijak untuk meneka aplikasi mana yang bakal digunakan oleh pengguna. Ia akan membantu mengurangkan lengah masa yang dihadapi ketika membuka aplikasi yang sering pengguna gunakan.

Reno4 Pro dipasarkan pada harga RM2,399 dalam dua pilihan warna, Starry Night dan Silky White. Reno4 pula berharga RM1,699 dalam dua warna juga, Galactic Blue dan Space Black.



Eksklusif untuk Reno4 Pro, ahli MY OPPO App akan mendapat baucar diskaun RM100 KLOOK untuk penebusan 2,000 pertama pada siri Reno4 Pro.

Setelah membuat penebusan, 3 ahli bertuah akan berpeluang untuk memenangi Percutian 3H2M di Taaras Beach & Spa Resort dengan Pengalaman Penerbangan ATR.

Selain itu, 10 ahli bertuah sebagai naib juara juga akan menikmati Penginapan Hotel (1 malam) untuk 2 orang serta tiket kemasukan ke Taman Tema Sunway Lagoon.

Bagi para pengguna Siri Reno4 Pro, anda akan ditawarkan 120GB OPPO Cloud Storage percuma untuk 2,000 terawal selama 6 bulan yang boleh ditebus pada Aplikasi My OPPO.

Pembelian untuk Reno4 boleh dibeli melalui kedai atas talian Lazada dan Shopee bermula RM1,699. Manakala Reno4 Pro pula bermula RM2,399 di Lazada dan Shopee.

Maklumat lanjut mengenai produk, boleh ke pautan ini:
OPPO Reno4
OPPO Reno4 Pro

*Artikel ini dibawakan oleh OPPO Malaysia