Pertandingan Fotografi OPPO Tawar Hadiah Menarik Sehingga RM65 Ribu

Baru-baru ini OPPO telah melancarkan kempen mengambil gambar bagi disimpan sebagai memori untuk 100 tahun akan datang.

Menerusi kempen ini, orang ramai di seluruh dunia diajak untuk mengambil gambar seperti makanan atau persekitaran semula jadi setiap hari. Tujuan utama kempen ini adalah untuk memperingati dan menghargai perkara yang kita alami setiap hari.

Baca juga - Dapatkan OPPO Find X3 Pro Harga Lebih Murah Dan Hadiah Percuma



Menurut duta global OPPO, Eddie Redmayne, momen-momen bersama yang dikongsi melalui fotograf membantu manusia ingati detik terbaik sesama sendiri.

Selari dengan kempen ini, OPPO Malaysia mengajak rakyat Malaysia sertai Future Photography Contest dengan mengambil gambar dari tiga kategori ini: Nature, City/Landscape, dan Humanity (Portraits/Culture).

Menariknya lagi, terdapat pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada peserta mengiku kategori. Antaranya adalah OPPO Find X3 Pro, OPPO Band, OPPO Enco Buds dan OPPO Watch.

Selain itu, lima pemenang utama yang dipilih rakan media berpeluang membawa pulang ganjaran tunai bermula pada RM500 hingga RM5000.

Baca juga - Siri OPPO Reno6 Akan Dilancar 27 Mei, Rekaan Mirip iPhone 12

Kepada yang berminat, anda sudah boleh mula sertai kerana pertandingan ini telah berlangsung secara global bermula pada 25 Mei sehingga 25 Jun 2021.

Untuk maklumat lanjut layari OPPO Malaysia's Future Photography Contest.

Sumber: siaran akhbar OPPO Malaysia