Oppo A53 Akan Hadir Ke Malaysia - Peranti Bajet Dengan Paparan 90Hz

Semakin hari permintaan terhadap peranti pintar yang mempunyai spesifikasi yang baik dengan harga yang murah semakin tinggi.

Oleh itu, Oppo mengumumkan peranti bajet mereka dengan spesifikasi yang baik iaitu Oppo A53. Peranti ini dijanakan dengan cip pemproses Snapdragon 460 dengan GPU Adreno 610.



Paparan bagi peranti bersaiz 6.5 inci dengan resolusi 1600x720 HD+. Ia menggunakan panel IPS LCD dan menariknya peranti ini hadir dengan kadar segar semula 90Hz.

Pada bahagian hadapan, terdapat satu lensa 16 MP. Pada bahagian belakang pula, terdapat 3 lensa iaitu 13 MP lensa utama, lensa sudut lebar dan 2 MP lensa macro.

Kapasiti bateri bagi peranti ini adalah 5000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 18W. Terdapat dua varian bagi peranti ini iaitu 4GB+64GB dan 6GB+128GB serta menyokong kad MicroSD sehingga 256GB.

Setakat ini, tiada lagi harga rasmi dan tarikh jualan bagi Oppo A53 di Malaysia.