Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO A15s_2

OPPO A15s Kini Ditawarkan Di Malaysia, Berharga RM599

Diterbitkan Februari 3, 2021 oleh Amalina Athman

OPPO Malaysia kini mengumumkan sebuah lagi model terbaharu dalam kelas permulaan untuk pasaran tempatan. Dinamakan sebagai OPPO A15s, ia merupakan versi naik taraf daripada OPPO A15 yang dilancarkan pada Disember tahun lalu.

harga OPPO A15s

Sama seperti OPPO A15, ia hadir dengan janaan cip pemproses MediaTek Helio P35. Menjadikannya berbeza adalah dengan penawaran RAM 4GB dan 64GB storan dalaman. Ia turut menyokong penambahan storan sehingga 256GB melalui sokongan kad microSD.

Antara lainnya adalah sama sahaja di mana ia dilengkapi skrin bersaiz 6.52-inci HD+ dengan panel LCD yang juga menyokong kadar segar semula 60Hz. Terdapat takuk kecil yang menempatkan kamera swafoto 8MP.

OPPO A15s_3

Kamera belakang membariskan tiga sensor dengan 13MP utama, 2MP makro, dan 2MP depth. Peranti ini dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4,230mAh yang boleh diisi menggunakan kabel pengecasan microUSB.

harga OPPO A15s

OPPO A15s turut mempunyai sokongan pengimbas cap jari, dan juga imbasan muka melalui Face Unlock AI. Terdapat dua warna yang ditawarkan iaitu Blue dan Black.

Untuk pasaran Malaysia, OPPO A15s ditawarkan pada harga RM599 dan boleh dibeli melalui kedai jualan dalam talian serta pengedar sah OPPO.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY