Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Opensignal u mobile

Opensignal: U Mobile Diiktiraf Rangkaian Dengan Peningkatan Prestasi Terbaik

Diterbitkan Mac 5, 2021 oleh Amalina Athman

OpenSignal merupakan salah satu piawaian global yang mengukur prestasi perkhidmatan rangkaian secara global, termasuk di Malaysia. Hari ini, pihak Opensignal baru sahaja mengumumkan pemenang bagi Anugerah Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Global 2021.

Menurut laporan terbarunya, U Mobile telah diiktiraf sebagai syarikat telekomunikasi dengan peningkatan prestasi terbaik secara global, sepanjang separuh kedua 2020. u MOBILE_2

U Mobile merupakan salah satu daripada 14 pengendali rangkaian mudah alih di seluruh dunia yang mencapai peningkatan bagi empat daripada lima kategori tersebut iaitu Pengalaman Video, Pengalaman Aplikasi Suara, Pengalaman Kelajuan Muat turun, dan Ketersediaan 4G.

Sebagai tambahan, Opensignal juga berkongsi peningkatan prestasi U Mobile dari segi pengalaman video di mana ia menerima skor Bagus (55-65) serta ketersediaan 4G dengan peningkatan sebanyak 11.7%.. Purata kelajuan muat turun video juga meningkat sebanyak 44.7% daripada 7.7Mbs kepada 11.1Mbps.

Dalam pada itu, Opensinal turut menganugerahkan unifi sebagai pengendali rangkaian mudah alih terbaik dari segi Pengalaman Video dan Pengalaman Kelajuan Muat Turun. Sementara itu, Digi pula menerima anugerah tersebut untuk peningkatan Pengalaman Kelajuan Muat Naik.

Sumber: Siaran Akhbar Opensignal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY