Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Opensignal: Kelajuan 4G/5G iPhone 12 Lebih Perlahan Berbanding Peranti Android

Opensignal: Kelajuan 4G/5G iPhone 12 Lebih Perlahan Berbanding Peranti Android

Diterbitkan Mac 16, 2021 ยท Dikemas kini Mac 16, 2021 oleh Amalina Athman

Opensignal kini telah mengeluarkan laporan terbaru mengenai prestasi kelajuan rangkaian 5G pada barisan iPhone 12 berbanding peranti Android untuk pasaran Amerika Syarikat.

Walaupun iPhone 12 memperlihatkan peningkatan kelajuan 2.3 kali ganda berbanding model iPhone 4G terdahulu, barisan model terbaru itu mempunyai kelajuan yang lebih perlahan berbanding sekurang-kurangnya 25 model Android dalam laporan Opensignal.

kelajuan muat turun iPhone 12

Daripada 25 peranti yang disenaraikan, 60% adalah peranti Samsung yang disenaraikan mengikut kelajuan purata muat turun 4G atau 5G. Menurut Opensignal, peranti Apple tidak tersenarai berikutan tidak melepasi purata kelajuan 25 peranti Android berkenaan.

Dalam senarai tersebut, Samsung Galaxy S21 5G berada di carta teratas dengan purata kelajuan 56Mbps. Ia kemudian diikuti dengan TCL Revvl 5G dan OnePlus 8T+ dengan purata kelajuan masing-masing adalah 29.8Mbps dan 49.3Mbps. LG Velvet 5G turut tersenarai dengan purata kelajuan 37.9Mbps.

Opensignal: Kelajuan 4G/5G iPhone 12 Lebih Perlahan Berbanding Peranti Android

Bagi peranti Apple, kelajuannya masih perlahan berbanding Android dengan purata kelajuan muat turun tertinggi yang direkodkan adalah 36.9Mbps bagi iPhone 12 Pro.

kelajuan muat turun iPhone 12

Seperti yang dinyatakan sebelumnya, peranti Apple mempunyai peningkatan kelajuan muat turun 5G sehingga 2.3 kali ganda berbanding 4G. Bagaimanapun, Apple mencatatkan purata kelajuan muat turun 5G dengan 18% lebih perlahan berbanding jenama terpantas (Samsung).

Apa kata anda mengenainya? Tinggalkan komen anda.

Sumber: Opensignal via Apple Insider

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY