Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Negara Yang Mempunyai Kelajuan 5G Terpantas Di Dunia

Ookla: Kelajuan Rangkaian 5G Global Merosot Pada Tahun 2021

Diterbitkan Disember 31, 2021 oleh Amsyar Latif

Tahun 2021 akhirnya bakal menutup tirai dalam beberapa jam sahaja lagi (setakat artikel ini ditulis) dan tahun ini juga merupakan tahun bagi rangkaian 5G terutama di Malaysia.

Pasti ada dalam kalangan anda yang sudah pun mencuba sejauh mana kehebatan rangkaian generasi kelima ini. Namun, walaupun rangkaian 5G dah diperluaskan lebih banyak di beberapa negara tetapi ada berita yang tidak sedap didengar.

Baru-baru ini, Ookla berkongsikan laporan speedtest bagi suku ketiga tahun 2021, ia memperlihatkan kelajuan rangkaian 5G secara global merosot.

Secara purata, kelajuan muat turun 5G adalah 166.13Mbps, ia menurun sebanyak 13% berbanding 206.22Mbps pada tempoh yang sama tahun lalu. Manakala kelajuan muat naik pula adalah 21.08Mbps berbanding 29.52Mbps bagi tahun 2020 dengan 39% lebih perlahan.

Ookla: Kelajuan Rangkaian 5G Global Merosot Pada Tahun 2021

Bagaimanapun, Ookla berpendapat perkara ini terjadi disebabkan terdapat beberapa perubahan terhadap spesifikasi 5G di kebanyakan negara. Mereka menjangkakan tahun 2022 nanti, kelajuan 5G akan kembali pulih setelah pelarasan spektrum ini dibaiki.

Buat pengetahuan, Korea Selatan menduduki tempat pertama dalam kelajuan rangkaian 5G di mana median muat turun sebanyak 492.48Mbps. Ia kemudian diikuti Norway (426.75Mbps) dan Emiriah Arab Bersatu (409.96Mbps).

Ookla: Kelajuan Rangkaian 5G Global Merosot Pada Tahun 2021

Dari segi ketersediaan 5G, Amerika Syarikat adalah tertinggi dengan 49.2%. Buat rantau Asia Tenggara, negara jiran kita pun lebih banyak menawarkan 5G ini di mana Thailand 17.6% dan Filipina 13.3%.

Ookla: Kelajuan Rangkaian 5G Global Merosot Pada Tahun 2021

Sumber: speedtest

Baca juga:

  • realme Menggila, Jadi Jenama Telefon 5G Yang Pesat Berkembang

  • Apple Tak Banyak Telefon 5G, Tapi Masih Pegang Majoriti Jualan Telefon 5G

  • Di Singapura 5G Hampir 50% Lebih Laju Daripada WiFi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY