Singapura menjadi salah satu negara yang terawal yang menggunakan 5G. Negara itu telah mula menggunakan 5G ini bermula penggal kedua pada tahun 2020. Namun pada masa tersebut, rakyat Singapura masih tidak dapat merasai pengalaman menggunakan 5G kerana mereka lebih menghabiskan masa di rumah yang mana kebiasaannya akan ada WiFi.
Dalam analisis Opensignal terbaharu, mereka menunjukkan bahawa kelajuan internet pada telefon pintar lebih laju sebanyak 50% daripada kelajuan WiFi. Dengan mengunakan 5G ini, pengguna dapat membandingkan sambungan internet WiFi ketika main permainan multipemain.
Jika lihat pada graf diatas, purata kelajuan pengguna ketika menggunakan 5G adalah 179.6Mbps iaitu 48.6% lebih laju daripada WiFi (120.8Mbps). Untuk 4G dan 3G, jelas kelihatan bahawa kelajuan internet tersebut tertinggal iaitu masing-masing dengan kelajuan 52.1Mbps dan 11.1Mbps.
Walaubagaimana pun, Singapura masih tidak dapat mencatat nama pada 15 tangga teratas untuk kelajuan muat turun 5G. Hal ini kerana, 5G di negara itu dihadkan pada spektrum 3.5GHz supaya ia tidak mengganggu signal negara jiran yang menggunakan band tersebut untuk perkhidmatan televisyen satelit rumah.
Selain itu, negara tersebut mengacarakan Permainan e-sukan Global, ia mengambil peluang ini untuk menganalisis pengalaman pengguna bermain permainan multipemain menggunakan teknologi sambungan yang ada.
Dalam analisis tersebut, dilihat bahawa pengguna sangat suka dengan sambungan WiFi dan 5G terhadap pengalaman bermain permainan video mereka. Disebabkan Singapura sudah menggunakan sambungan tersendiri 5G membuatkan pengguna merasai pengalaman main permainan yang kurang latency.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kelajuan 5G adalah lebih pantas daripada WiFi. Jika pengalaman main permainan yang kurang latency pula, 5G dan WiFi mampu untuk mempunyai tandingan yang setaraf.
Sumber Opensignal
Baca juga: