Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus Patenkan Telefon Boleh Lipat 3

OnePlus Patenkan Telefon Boleh Lipat 3

Diterbitkan November 22, 2021 oleh Helmi Samsuri

Segmen telefon pintar boleh lipat sudah semakin berkembang. Kita sudah lihat siri Galaxy Fold memasuki generasi ketiga, model-model lain dari jenama seperti Huawei serta Xiaomi.  Belum sentuh lagi tentang Pixel Fold, HONOR Magic X dan OPPO Find Fold.

Mungkin ini tren masa hadapan, mungkin jawapan kepada ‘tablet’ yang lebih mudah dibawa ke mana-mana, OnePlus juga dilihat mahu terjun dalam perlumbaan ini.

OnePlus dilaporkan sudah memfailkan paten peranti yang boleh dilipat tiga pada penghujung tahun lalu dan dokumen tersebut sudah diterbitkan sejak Julai lalu. Menerusi imej yang dihasilkan berdasarkan paten tersebut, kita boleh lihat telefon itu mempunyai tiga bahagian paparan dan dua engsel.

OnePlus Patenkan Telefon Boleh Lipat 3

Difahamkan lipatan itu boleh dibuat ke arah yang berbeza. Ini beri gambaran pengguna boleh ubahnya mengikut gaya yang sesuai.

OnePlus Patenkan Telefon Boleh Lipat 3

Untuk makluman, OnePlus tidak berseorangan dalam segmen peranti boleh dilipat tiga ini dimana Samsung dan TCL sudah sedia dibualkan sebelum ini. Tetapi sedikit berbeza, Samsung dan TCL mengambil pendekatan lipat dengan bentuk ‘Z’.

OnePlus Patenkan Telefon Boleh Lipat 3

Khabar angin mengatakan OPPO akan keluarkan dahulu model Find Fold terlebih dahulu dan sesudah itu barulah OnePlus lipat tiga ini.

Baca juga:

  • 4 Kelebihan Telefon Ini Buatkan Jenama Lain Dengki Dengannya
  • Telefon Ini Anda Boleh Dapatkan Secara Percuma, Cuma Ikut Cara Ini
  • Disangka Pil Tahan Sakit, Wanita Ini Tertelan AirPod

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY