Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Disangka Pil Tahan Sakit, Wanita Ini Tertelan AirPod

Disangka Pil Tahan Sakit, Wanita Ini Tertelan AirPod

Diterbitkan November 22, 2021 ยท Dikemas kini November 22, 2021 oleh Helmi Samsuri

Sejak wujudnya fon telinga tanpa wayar, sebahagian masalah kita telah selesai. Tiada masalah wayar berselirat, senang dibawa ke mana-mana dan tidak perlu dongle sebab telefon tiada bicu audio 3.5mm.

Namun yang menjadi masalah apabila kita leka, terlalai dan terlupa. Baru-baru ini seorang pengguna di Tik-Tok, @iamcarliiib, berkongsikan kisah sedih dimana beliau tertelan Apple AirPod yang disangkakan ubat tahan sakit, Ibuprofen.

Menurut wanita tersebut, beliau memegang Ibuprofen di tangan kanan sementara AirPod berada di tangan kiri beliau. Mungkin kerana keadaannya yang kurang sihat, kesilapan itu berlaku.

Pada perkongsian video yang lain pula, wanita ini juga mendakwa AirPod tersebut masih bersambungan dengan telefonnya walaupun ia berada di dalam perut. Difahamkan bahawa fon telinga terbabit sudahpun berjaya dikeluarkan dengan cara ‘normal’.

Insiden tertelan AirPod ini bukanlah kali pertama berlaku dimana sebelum ini ia pernah terjadi membabitkan seorang lelaki dewasa dan kanak-kanak berumur 7 tahun di Amerika Syarikat.

Baca juga;

  • Telefon Ini Anda Boleh Dapatkan Secara Percuma, Cuma Ikut Cara Ini
  • Tablet Harga RM1000 Terbaik Buat Anda
  • 5 Telefon 5G Bawah RM1000

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY