Ingat tak lagi dengan jenama Nokia? Di Malaysia, baru sahaja melancarkan sebuah model telefon pintar baharu iaitu Nokia X20.
Apa yang menariknya dengan Nokia X20 ini adalah padanya terdapat beberapa ciri menarik yang jarang dijumpai pada jenama lain.
Nak tahu apakah cirinya? Boleh teruskan menatal artikel.
3 Tahun Sokongan Kemaskini, Jenama Lain Ada Bagi?
Android dan kemaskini sememangnya bukan satu pasangan yang serasi. Walaupun sokongan kemaskini sudah semakin ditambah baik pada masakini, namun tidak dilupakan masih ada jenama yang segan-segan mahu memberikan kemaskini untuk telefon mereka.
Tambah menyedihkan, kebiasaannya hanya model yang mahal-mahal sahaja mendapat kemaskini. Kita yang telefon harga tak mahal mana ni takkan tak dapat kemaskini langsung?
Jika itu masalah yang anda hadapi, memang senang cerita Nokia X20 adalah penyelesaiannya. Ia hadir dengan sokongan kemaskini sehingga 3 tahun. Untuk apa?
Barulah guna sepanjang 3 tahun tanpa risau pikir kot nanti aplikasi tak boleh pakai disebabkan dah tak ada kemaskini.
Sekarang ni kalau nak cari telefon lain yang harga mampu milik dengan 3 tahun kemaskini, cuba cari ada ke?
Spesifikasi Kompetitif Setanding Pesaing, Siap Ada 5G
Selalunya telefon Android ini nak pilih tu memang senang. Buka je internet, pergi tengok bahagian senarai spesifikasi.
Disebabkan itu menjadi keutamaan untuk jenama meletakkan spesifikasi yang kompetitif agar pengguna dapat menilai kualiti dengan lebih jelas.
Nokia X20 dijana cip Snapdragon 480. Eh ini cip kelas bawahan, bukan?
Haih, kata buka internet baca spesifikasi. Cuba perhati betul-betul Snapdragon 480 ini sebenarnya adalah cip kelas pertengahan dan prestasinya adalah setaraf dengan Snapdragon 730G.
Tambahan, ada 5G lagi! Memang kenalah dengan syarikat telekomunikasi yang mahu keluarkan pelan 5G tidak lama lagi.
Selain itu, RAM diberi adalah 8GB dan storan dalaman 128GB. Kalau rasa storan tidak cukup besar, jangan risau kerana slot microSD sedia membantu sehinnga 512GB.
Jenama Lain Ada Kamera Dengan ZEISS?
ZEISS merupakan nama yang gagah dalam industri kamera. ZEISS jugalah nama yang membawa Nokia ke persada global satu masa dahulu dengan kualiti kameranya.
ZEISS yang sama jugalah ada dilektakkan di Nokia X20 ini.
Pada Nokia X20, ia dilengkapi dengan 64MP utama optik ZEISS yang menawarkan kualiti penggambaran dengan butiran tinggi serta professional. Kamera tambahan lain adalah 5MP ultra lebar dan 2MP makro serta bantuan bokeh (depth).
Manakala untuk swafoto pula, ia menggunakan lensa 32MP pula.
Ia juga dilengkapi dengan mod Dual Sight, membolehkan pengguna menggunakan kedua-dua kamera hadapan dan belakang sekaligus.
Jenama telefon lain mungkin sudah ada juga kamera ZEISS, tetapi yang paling utama, cuba tanya berapa harga mereka.
Bateri Tahan 2 Hari Sampai Jadi Rutin
Ketahanan bateri memainkan peranan yang tinggi dalam pemilihan telefon pintar. Jarang kita dengan ada pengguna memilih telefon disebabkan baterinya tidak tahan lama.
Disebabkan ia merupakan ciri penting, Nokia X20 mempunyai kapasiti bateri sebanyak 4,470mAh. Ia mampu bertahan sehingga 2 hari lamanya.
Tambahan, Nokia X20 dilengkapi dengan sistem penyejukan paip haba kuprum baharu, sama ada bermain permainan video atau menonton video Kdrama kegemaran anda, Nokia X20 tidak akan mengecewakan anda.
Kelestarian Produk, Trend Yang Semakin Popular
Ingat lagi satu jenama yang membuang pengecas atas alasan kelestarian alam. Sedar-sedar semakin bertambah jenama yang mengikutinya.
Tetapi jangan risau, Nokia X20 memang ada pengecas disediakan. Namun itu bukan isunya. Apa yang penting adalah HMD Global mengutamakan kelestarian dari aspek pembungkusan.
Melalui kotak Nokia X20, ia mengandungi sehingga 85% bahan kitar semula serta sarung pelindung 100% diperbuat dari bahan boleh kompos.
Nokia X20 sendiri juga dibina dengan 91% boleh ditukar menjadi bahan atau tenaga lain.
Untuk pasaran Malaysia, Nokia X20 dijual pada harga rasmi RM1,599. Jika berminat anda boleh mendapatkannya melalui kedai atas talian Shopee dan jugak Lazada..
Untuk maklumat lanjut mengenai Nokia X20, boleh layari pautan Nokia di sini.
*Artikel ini dibawakan oleh Nokia Malaysia