Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Pixel 4 Dan 4XL Diperkenalkan Secara Rasmi Pada 15 Oktober Ini

Telefon Boleh Lipat Pixel Mungkin Hadir Seawal Tahun Hadapan

Diterbitkan Ogos 7, 2020 oleh Amalina Athman

Berdasarkan dokumen dalaman Android yang tertiris, Google kini dilaporkan dalam perancangan untuk memperkenalkan telefon boleh lipat Pixel seawal suku keempat tahun hadapan. Dengan nama kod “Passport”, ia merujuk kepada “foldable” atau boleh lipat.

Pada tahun lalu, Google telah mengesahkan dalam usaha membangun protaip serta mempatenkan teknologi peranti boleh lipat. Kini, maklumat yang tertiris telah mendedahkan kemungkinan peranti itu akan dilancarkan pada tahun 2021.

telefon boleh lipat pixel
Konsep rekaan oleh MacRumors

Dalam teknologi peranti boleh lipat, Samsung adalah yang pertama melancarkannya. Namun, Galaxy Fold berhadapan dengan pelbagai isu yang memberi impak kepada ketahanan dan prestasi peranti. Ia diperkenal pada awal 2019, tetapi pelancarannya ditangguh hingga September berikutan beberapa masalah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Selain Galaxy Fold, Samsung turut melancarkan Galaxy Z Flip iaitu sebuah peranti berukuran telefon pintar yang boleh dilipat dua dimana ia juga mempunyai masalah ketahanan.

Google mungkin perlu mengambil kira pelbagai masalah yang timbul sebelum melancarkan peranti boleh lipat tersebut. Dalam pada itu, Google memilih untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai khabar angin atau spekulasi.

Sumber: 9to5Google via Macrumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY