OnePlus Nord 3 5G Berharga RM2,199 Dengan RAM 16GB Dan Storan 256GB

OnePlus Nord 3 5G baru saja diluncurkan untuk pasaran Malaysia tadi dan harganya ialah RM2199. Putik audio OnePlus Buds 2r pula berharga RM299.

OnePlus Nord 3 5G




Ini merupakan model Nord pertama dengan RAM sehingga 16GB dan jumlah ini tidak melibatkan RAM maya pun seperti selalu dipromosi jenama lain.



Storannya pula sebesar 256GB.

  • MediaTek Dimensity 9000

  • 8/256GB

  • 6.74" Super Fluid AMOLED, 40Hz-120Hz

  • 50MP (IMX890), 8MP sudut lebar, 2MP makro

  • Swafoto 16MP

  • 5000mAh, 80W

  • OxygenOS 13.1 (Android 13)




Kameranya boleh merakam sehingga 4K 60fps. Bagi penstabilan, ia dilengkapkan dengan EIS.

Kaca di belakang ialah Gorilla Glass 5 manakala di hadapan pula ialah Dragontail.



Syarikat itu menjamin peranti ini akan menerima 3 versi Android dan 4 tahun kemas kini keselamatan.

Ia juga menerima gred A untuk TÜV SÜD 48-Month Fluency yang bermakna prestasinya kekal pada tahap terbaik dalam tempoh 4 tahun sejak hari pertama digunakan.



Ciri tambahan lain yang menarik termasuklah pembesar suara stereo Dolby Atmos dan mempunyai IR blaster yang membolehkan ia diguna sebagai alat kawalan jauh dengan barang elektronik lain di rumah.



Tak lupa juga, identiti penting jenama itu iaitu Alert Slider juga terdapat pada sisi kiri Nord 3 ini.

Peranti ini juga mempunyai pengiktirafan IP54, ada NFC dan sokong 5G.

{suggest}



Dari sudut permainan pula, ciri tersedia termasuklah HyperBoost, GPA Frame Rate Stabiliser, pengiktirafan TÜV SÜD Precise Touching S Rating, kawasan penyejukan seluas 4129mm2, input sentuh 1000Hz dan motor getaran linear paksi-X.

May be an image of phone and text that says 'ONEPLUS OnePlus Nord 3 5G RM2,199 16+256GB Mevette Never Setle Pre-Order Now! Free Gift 1x OnePlus Nord Buds worth RM299 T&C Apply. While Stocks Last. Delivery from July 2023 Available Channels: Official Retail Stores Shopee Lazada'

Beli OnePlus Nord 3


Nord 3 hadir dengan satu warna dan varian sahaja iaitu Misty Green, 16GB/256GB. Ia mula terima pratempahan mulai jam 10 malam, 5 Julai 2023.

Setiap pratempahan sehingga 9 Julai akan menerima OnePlus Nord Buds secara percuma.

Spesifikasi lebih mendalam terdapat di laman web OnePlus Malaysia.

OnePlus Buds 2r


harga OnePlus Nord Buds 2r

Putik audio ini hadir dengan pemacu sebesar 12.4mm.

Ia boleh disambung pada peranti melalui Bluetooth 5.3 dan aplikasi HeyMelody, ada sokongan Dolby Atmos dan Dirac Audio Tuners.

Kedua-dua belah putik mempunyai 2 mikrofon pada setiap satunya untuk menambah baik ciri penapisan hingar. Ciri lain yang membantunya termasuklah AI Clear Call Noise Cancellation Algorithm dan pengurangan hingar akibat angin.

Untuk para gamer, ketahuilah kadar latency peranti ini serendah 94ms.

Baterinya mampu bertahan selama 8 jam sekali cas dan jika digunakan bersama bekas, sehingga 38 jam.

TWS ini juga mempunyai pengiktirafan IP55.

Menariknya, setiap unit akan hadir dengan pelekat supaya pengguna boleh menggunakannya untuk menggayakan Nord Buds 2r mereka mengikut cita rasa sendiri.

Beli OnePlus Nord Buds 2r


Dengan harga RM299, anda sudah boleh pratempah mulai sekarang. Ia tersedia dalam 2 warna iaitu Deep Gray dan Triple Blue.

  • Klik SINI untuk ke kedai rasmi OnePlus di Shopee

  • Klik SINI untuk ke kedai rasmi OnePlus di Lazada