OnePlus Menyenaraikan Pasukan DxOMark Untuk Menghasilkan Kamera Yang Lebih Baik

Mungkin bukan semua setuju dengan cara proses atau hasil yang keluar dari ujian mereka, tetapi semakin ramai OEM yang memakai markah DxOMark sebagai tanda aras bagi peranti mereka.

Peranti terbaru yang diakui oleh mereka adalah HTC U11 yang secara mengejut telah mengalahkan peranti Pixel dalam kategori kamera telefon pintar.

Mungkin disebabkan perkembangan ini, OnePlus dijangkan cuba bersaing dalam kategori ini dan mereka tidak mampu melakukannya seorang diri.

Dan siapa lagi yang boleh membantu mereka selain dari DxOMark itu sendiri.

Walaupun dengan tagline 'Never Settle', telefon pintar OnePlus tidak dikenali dalam bahagian kameranya.

Setakat ini hanya OnePlus 2 dari tahun 2015 yang mempunyai rating dari laman sesawang DxOMark dan kedudukannya tidaklah sesuatu yang membanggakan.

Butiran kerjasama antara OnePlus dan DxOMark masih lagi samar-samar tetapi dengan pengalaman DxOMark dalam menguji kamera mungkin dapat membantu OnePlus dalam menghasilkan kamera yang lebih baik.

Sumber