Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

OnePlus Dilapor Sedang Bangunkan Peranti Boleh Lipat Kompak

Posted on April 12, 2022

OnePlus dilaporkan sedang membangunkan peranti boleh lipat mereka tetapi tiada sebarang tanda atau pengumuman akan spesifikasi yang bakal digunakan dalam peranti itu.

Selain itu, OnePlus dijangkakan bakal melancarkan 5 peranti baharu mereka untuk sepanjang tahun 2022 ini. Tetapi, peranti boleh lipat ini tidak termasuk di dalam senarai tersebut.

Oppo Find N

Tiada sebarang kenyataan rasmi sama ada pelancaran peranti ini akan dilangsungkan pada hujung tahun ini atau sebaliknya. Di samping itu, rekaan dan form factor peranti OnePlus ini dikhabarkan mirip peranti boleh lipat Oppo Find N.

Hal ini demikian, Oppo OnePlus telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka akan bekerjasama lebih banyak lagi pada masa hadapan seperti menggabungkan R&D mereka dalam telefon pintar.

Oleh itu, ia bukan perkara yang mengejutkan apabila OnePlus dan Oppo berganding bahu sesama mereka. Sama-sama kita nantikan berita dan pengumuman rasmi daripada OnePlus nanti.

Sumber: TechRadar

Baca juga:

  • RedMagic 7 Pro Untuk Pasaran Global Bakal Dilancar Minggu Ini
  • Mirip Skim Pinjaman Buku Teks, Tablet PerantiSiswa Perlu Dipulang Semula

  • Snapdragon 7 Gen 1, Mungkin Prestasi Setanding Snapdragon 888

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress