RedMagic 7 Pro Untuk Pasaran Global Bakal Dilancar Minggu Ini

Nubia merupakan nama yang tidak asing dalam pasaran peranti telefon pintar 'gaming'. Siri Red Magic daripada mereka mampu bersaing dengan telefon pintar 'gaming' daripada jenama-jenama besar seperti Asus ROG Phone dan Black Shark.

Nubia telah mengumumkan acara pelancaran global untuk peranti Red Magic 7 Pro pada 12 April ini. Pada Februari lepas, Nubia ada mengeluarkan kenyataan rasmi Nubia Red Magic 7 Pro versi global bakal di lancarkan pada suku kedua tahun ini.

Nubia Red Magic

Spesifikasi


Berdasarkan penawaran di China terdahulu, Red Magic 7 Pro dikuasakan cip pemprosesan terpantas daripada Qualcomm, Snapdragon 8 Gen 1. Selain itu, peranti ini didatangkan dengan variasi RAM dalam pilihan 8/12/16 GB dan storan sebesar 128/256/512 GB dan ada yang mencecah 1 TB.

Red Magic 7 Pro dipadankan tetapan 3 kamera di belakang dengan sensor utama 64MP, ultra lebar 8MP dan makro 2MP. Selain itu, peranti ini mempunyai kamera swafoto di bawah paparan dengan sensor kamera 16MP.

Seterusnya, Nubia Red Magic 7 Pro hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.8 inci dengan resolusi 1080x2400 dan menyokong kadar segar semula 120Hz.

Peranti ini juga dimuatkan bateri sebesar 5,000mAh dan sokongan pengecasan pantas 135W yang boleh mengecas bateri anda dari kosong ke penuh dalam masa 15 minit sahaja. Tambahan lagi, ia juga mempunyai sistem penyejukan yang efektif dengan binaan kipas di dalamnya dan sokongan zon sensitif tekanan dengan 500Hz input sentuh.

Sumber: redmagic

Baca juga: