Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 7 Gen 1, Mungkin Prestasi Setanding Snapdragon 888

Snapdragon 7 Gen 1, Mungkin Prestasi Setanding Snapdragon 888

Diterbitkan April 8, 2022 oleh Firdaus

Berdasarkan ura-ura, Qualcomm bakal mengeluarkan cip pemprosesan baharu untuk siri 700 mereka dan ia diramal menjadi yang terpantas dalam kelasnya. Saya menjangkakan cip pemprosesan ini bakal mengisi barisan peranti dalam kelas pertengahan premium.

Walaupun tiada sebarang pengumuman rasmi daripada Qualcomm, blogger yang terkenal dari Weibo, Digital Chat Station menyatakan cip tersebut bakal menampilkan spesifikasi ARM Cortex-A710 dan Cortex-A510.

Apa yang mengejutkan adalah itu merupakan spesifikasi yang digunakan oleh CPU terpantas daripada Qualcomm, Snapdragon 8 Gen 1. Oleh itu kita boleh menjangkakan bahawa cip ini mempunyai prestasi yang hampir sama dengan 8 Gen 1 tetapi ia kekurangan dari segi grafik kerana ia menggunakan GPU Adreno 662.

Screenshot 2022-04-08 104139
Snapdragon baharu siri 700 ini akan menggunakan Adreno 662 dan bersaiz 6 nm

Walaupun begitu, apa yang saya boleh katakan adalah cip ini boleh jadi setanding atau lebih berkuasa daripada Snapdragon 888 dalam prestasi grafik kerana ia menggunakan GPU Adreno 660. Tambahan lagi, cip baharu ini akan berasaskan pemproses 4 nm.

Saya menjangkakan nama yang akan diberikan kepada cip pemprosesan baharu daripada Qualcomm ini adalah Snapdragon 7 Gen 1 dek kerana pendekatan mereka yang ringkas dalam menamakan produk seperti Snapdragon 8 Gen 1. Tetapi, kita sama-sama nantikan nama sebenarnya kelak.

Qualcomm tidak memberi sebarang maklumat rasmi akan tarikh pelancaran cip pemprosesan baharu siri 700 ini. Tetapi berdasarkan khabar angin kedatangan Snapdragon 8 Gen 1+ pada bulan Jun ini, anda boleh menjangkakan cip ini bakal dilancarkan pada masa itu.

Sumber: Android Police, XDA Developers

Baca juga:

  • Pesaing Dimensity 8100? Mungkin Ini Spesifikasi Snapdragon 7 Gen 1
  • Mungkin Jun Nanti, Peranti Dengan Snapdragon 8 Gen 1+ Dilancar
  • Black Shark 5 Guna Snapdragon 8 Gen 1, Dilancar 30 Mac Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY