OnePlus 7 Sah Tidak Akan Menyokong Pengecasan Tanpa Wayar

Ketika beberapa pembangun peranti sudah mula memperkenalkan fungsi pengecasan tanpa wayar berbalik pada peranti mereka, OnePlus mempunyai pandangan yang sebaliknya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pete Lau mengesahkan bahawa OnePlus 7 kekal tidak akan menyokong pengecasan tanpa wayar.

Kenyataan itu telah dibuat semasa satu temuramah bersama pihak CNet baru-baru ini.

Menurut beliau, OnePlus akan terus fokus dalam membekalkan pengecasan berwayar lebih pantas kepada pengguna mereka.

Kapsyen: GizmoChina


Walaubagaimanapun, ia bukanlah bermaksud OnePlus tidak akan memperkenalkan langsung fungsi berkenaan pada peranti mereka di masa akan datang.

Pada pandangan kami, pendirian Pete Lau ini mempunyai asas kerana walaupun memiliki peranti yang menyokong pengecasan tanpa wayar, kebanyakan pengguna akan memilih untuk menggunakan pengecas berwayar juga.

Alasannya mudah, pengecasan berwayar adalah lebih pantas. Bagaimana pula dengan anda? Perlu atau tidak pengecasan tanpa wayar ini sebenarnya?

Lontarkan pandangan anda di ruang komen.

 

Sumber: CNet