Huawei juga telah memuat naik satu video teaser dengan slogan 'Change the way the world sees you'. Jika dilihat melalui video teaser ini menunjukkan bahawa P10 Huawei hadir dengan dwi-kamera dan akan tampil dengan beberapa pilihan warna seperti emas, hijau dan biru.
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=hmSZZToug7w[/embed]
Huawei P10 juga dikhabarkan akan hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar, skrin lengkung di kedua-dua sisi, dan sensor cap jari di butang utama. Antara spesifikasi tertiris yang lain termasuklah paparan 5.2-inci dengan resolusi QHD dan cip pemproses Kirin 960 dengan 8 teras bersama unit GPU Mali G71.
Ia juga hadir dengan pilihan RAM 4GB /storan 64GB dan RAM 6GB /storan 128GB. Huawei P10 juga akan dimuatkan dengan kapasiti bateri 3100mAh. Dari segi kamera pula, peranti ini bakal memiliki dua sensor iaitu 20-Megapixel dan 12-Megapixel di bahagian belakang. Di bahagian hadapan pula, terdapat kamera 8-Megapixel.
Terdapat juga laporan mengatakan variasi P10 Huawei Plus bakal diperkenalkan tetapi ianya masih tidak jelas sama ada telefon versi skrin besar Huawei P10 akan mempunyai RAM sebesar 8GB atau tidak- seperti Asus ZenFone AR diperkenalkan bulan lepas.
Menurut Richard Yu lagi, Huawei Watch 2 juga akan diperkenalkan di MWC 2017. Huawei sebenarnya mahu melancarkan sebuah jam pintar pada tahun tahun lepas namun ianya terpaksa dibatalkan kerana kelewatan sistem operasi Android Wear 2.0 yang baru sahaja dilancarkan minggu lepas. Huawei Watch 2 disebut-sebut akan dibina dengan slot kad SIM untuk sokongan membuat panggilan terus melalui jam.
Sumber
Berkaitan
- Bagaimana iOS 11 Dapat Menggelakkan Daripada Storan iPhone Anda Penuh
- Cara Untuk Elak Tol Menggunakan Google Maps
- Cas Perkhidmatan Internet Di Malaysia Dijangka Menurun Sehingga 25% Pada Penghujung Tahun Ini
- Keuntungan Xiaomi Bagi Suku Ketiga 2019 Naik 20.3%
- 10 Pelajar Di India Ditahan Polis Hanya Kerana Bermain PUBG Mobile
- Kemaskini Beta Bagi Mod Zombi PUBG Mobile Kini Tersedia
- Tiga Warna Cerun Oppo F9 Bakal Mencetus Perubahan Pada Trend Warna Telefon Pintar
- Markah Penanda Aras Geekbench Huawei P30 Pro Didedahkan
- Xiaomi Redmi Note 5 - Peranti Mampu Milik Dengan Kamera Kelas Perdana Akhirnya Mendarat di Pasaran Malaysia
- Call Of Duty Mobile, Betul Ke Lagi Best Dari PUBG Mobile? #TipsGajet