Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digi Wifi (1)

Digi Sediakan Lebih Dari 7000 Kawasan Hotspot Dengan Harga Promosi Serendah RM0.50

Diterbitkan Oktober 7, 2019 oleh Haikel Areff

Demi memberi akses internet kepada lebih ramai rakyat Malaysia, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini mengumumkan penawaranWiFi All Access Unlimited Digi bagi memenuhi permintaan pelanggan Digi.

WiFi yang boleh didapati di lebih 7,000 hotspot di seluruh Malaysia ini akan diperluaskan di mana-mana kawasan yang mempunyai trafik yang tinggi termasuklah pusat membeli-belah, pusat perniagaan, universiti, dan tempat tarikan pelancong.

Digi Sediakan Lebih Dari 7000 Kawasan Hotspot Dengan Harga Promosi Serendah RM0.50

Pelanggan Digi juga akan dapat menikmati hiburan tanpa henti apabila melayari internet dengan kelajuan sehingga 4Mbps daripada serendah RM1 satu pas.

Chew Theam Siew, Ketua Prabayar Digi berkata, “Pengkomersialan WiFi Digi adalah satu contoh yang bagus untuk dilihat mengenai bagaimana cara Digi mendengar permintaan pelanggan untuk mereka terus tawarkan perkhidmatan yang lebih baik.”

Rata-rata kini ramai pengguna telefon pintar selalu bergantung kepada penggunaan WiFi berbanding dengan menggunakan kuota internet mudah alih sendiri. Ini menjadikan satu asalan utama buat Digi untuk merancang pelan WiFi dalam membawa internet ke tempat yang paling diperlukan penggunaannya.

Digi Wifi (1)

Tinggi harapan Digi untuk membawa perkhidmatan WiFi baru ini agar dapat menyediakan pelanggan dengan akses mudah ke internet walau di mana mereka berada.

Diaktifkan dengan cara yang mudah

WiFi Digi akan diaktifkan apabila anda menghidupkan sambungan WiFi pada peranti, kemudian cari #DigiWiFi. Hanya ikut arahan pada skrin, pilih “Buy Now” dan mula aktifkan pas WiFi yang telah dipilih.

Digi Sediakan Lebih Dari 7000 Kawasan Hotspot Dengan Harga Promosi Serendah RM0.50

Pelanggan juga boleh mencari hotspot yang paling dekat dengan mereka menerusi aplikasi MyDigi.

Bagi memudahkan kemudahan ini, bayaran untuk pas WiFi dibuat menerusi Digi Direct Operator Billing, di mana jumlahnya akan ditolak secara langsung daripada baki prabayar pelanggan.

Mulai sekarang hingga 31 Oktober 2019, pelanggan boleh menikmati promosi pengenalan WiFi Digi ini mengikut harga yang telah ditetapkan, iaitu:

 Harga promosi pengenalan

 Harga biasa Tempoh pengunaan
RM0.50

RM1.00

30 minit

RM1.00 RM2.00

2 jam

RM1.50

RM3.00

4 jam

Untuk maklumat lanjut mengenai WiFi Digi ini, layari digi.my.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
  • Hanya Segelintir Pekerja Micron Taiwan Hari Ini Lancar Mogok Tuntut Bonus 83 Bulan Gaji
  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
  • Dua Pepijat Kritikal PHP2Shell Boleh Dieksploitasi - NACSA Gesa Organisasi Kemas Kini Segera
  • "Bapa PlayStation" Anggap Bantahan Terhadap Penghentian Cakera Fizikal Mungkin Isu Mentaliti
  • COROS PACE 4 Pro Dengan Bateri Hingga 21 Hari Tiba Di Malaysia Pada Harga RM1,999
  • Aplikasi TuJu Alami Gangguan Teknikal - Langkah Pemulihan, Tambah Baik Sistem Sedang Dilaksana
  • Xbox Cloud Gaming Kini Ada Pakej Ikut Jam, Bermula AS$3.99
©2026 WISER.MY