Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 6T Bakal Dirasmikan 30 Oktober Ini, Mungkin Hadir Dengan Edisi Istimewa

OnePlus 7 Dijangka Hadir Dalam Tiga Variasi Berbeza, Termasuk Satu Versi Pro

Diterbitkan April 11, 2019 oleh Haikel Areff

Mengambil kira tarikh perkenalan model-model sebelum ini, OnePlus 7 dijangka bakal dilancarkan di antara bulan April-Jun nanti.

Walaupun tiada maklumat mengenainya telah didedahkan buat masa sekarang, kami menjangkakan kita akan dapat melihat OnePlus 7 dipasaran selewat-lewatnya pada bulan hadapan.

Ini memandangkan telah banyak kali informasi mengenai peranti ini didedahkan secara atas talian. Terbaru, akaun @ishanagarwal24 telah mengesan imej sebuah peranti yang didakwa sebagai OnePlus 7 Pro.

Imej itu telah dimuatnaik di laman Weibo IT Station dan menjadi tular baru-baru ini.

It seems like someone has leaked the OnePlus 7 Pro (?!) On Weibo…. Do you think it is true? I'm not gonna say anything, you guys will have to wait for my confirmation 😀… Meanwhile, thoughts about the design and specs? #OnePlus #OnePlus7 #OnePlus7Pro pic.twitter.com/j6ViWcRjWP

— Ishan Agarwal (@ishanagarwal24) April 9, 2019

Salah satu daripada imej tersebut memaparkan paparan “About Phone” bagi peranti berkenaan. Antara spesifikasi peranti yang terpampang pada paparan tersebut ialah penggunaan skrin Super Optic AMOLED 6.67-inci, Snapdragon 855 dan tetapan tri kamera utamanya.

Menariknya, jika diperhatikan betul-betul, imej peranti pada paparan “About Phone” itu mempunyai takuk kecil namun peranti yang dipegang tidak mempunyai sebarang takuk.

Selain itu, peranti tersebut juga dilihat mempunyai rekaan skrin melengkung di bahagian sisi peranti lebih kurang sama dengan apa yang sering kita lihat pada peranti Galaxy S dan Galaxy Note sebelum ini.

BTW, I have just got the model numbers of the OnePlus 7 Variants confirmed so here they are:
GM1901,03,05 -> OnePlus 7
GM1911,13,15,17 -> OnePlus 7 Pro
GM1920 -> OnePlus 7 Pro 5G
PS: Still not 100% Sure, maybe for development only.https://t.co/UnInwWs7FI#OnePlus7 #OnePlus7Pro pic.twitter.com/kYvjLyBkLC

— Ishan Agarwal (@ishanagarwal24) April 9, 2019

Beliau juga mendakwa telah mendapat tahu nombor model untuk tiga variasi OnePlus 7 iaitu OnePlus 7, OnePlus 7 Pro dan OnePlus 7 Pro 5G.

Akan tetapi, di akhir kicauannya itu, beliau ada memaklumkan bahawa dirinya sendiri tidak 100% pasti mengenai kesahihan perkara itu.

Untuk itu, kita perlu menunggu maklumbalas mengenai peranti ini dari pihak OnePlus sendiri untuk mendapat kepastian mengenai kesahihan berita ini.

 

Sumber: Forbes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY