OnePlus 7 Mungkin Guna Skrin Dengan Mekanisma Gelongsor

Khabar angin awal mengenai OnePlus 7 muncul pada bulan Disember tahun lalu. Satu imej memperlihatkan CEO syarikat, Pete Lau sedang memegang sebuah peranti dan dihadapannya terdapat paparan yang menunjukkan panel belakang peranti berkenaan.

Didakwa sebagai OnePlus 7, ia sekali lagi hangat diperkatakan dan kali ini berkenaan dengan panel hadapan.



OnePlus 7 diletakkan bersebelahan OnePlus 6T, peranti yang masih menjadi tanda tanya ini tidak mempunyai sebarang takuk pada skrin. Ramai pihak beranggapan OnePlus 7 akan dilengkapi dengan mekanisma gelongsor pada skrin.

Saiz sebenar bezel tidak dapat dipastikan lagi kerana ia dilindungi dengan pelindung khas bagi menyembunyikan rekaan sebenar peranti. Bahagian atasnya kelihatan earpiece yang mirip seperti OnePlus 6T.

Adakah ia akan menggunakan mekanisma gelongsor yang sama seperti Mi Mix 3 atau OPPO Find X? Sama-sama kita nantikannya.

Sumber: Android Police