Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Photo_Jom Pay Bills & Win Contest

Bayar Bil Guna JomPay Di 7-Eleven Ada Peluang Menang Hadiah Sehingga RM60,000

Diterbitkan Julai 19, 2021 oleh Helmi Samsuri

Kedai serbaneka terbesar di Malaysia, 7-eleven kini menawarkan hadiah sehingga RM60,000 kepada pelanggan bertuah mereka. Menerusi peraduan Jom Pay Bills & Win ia adalah anjuran bersama 7-eleven Malaysia dan Razer Merchant Services.

Apa yang perlu dilakukan adalah buat pembayaran bil menggunakan Jom Pay di rangkaian kedai  7-eleven, isi borang peraduan Jom Pay Bills & Win pada resit pembayaran dan serahkan kepada juruwang atau masuk ke dalam kotak yang disediakan.

Tiada had penyertaan dimana anda boleh sertai sebanyak mungkin peraduan ini dengan cara membayar sebanyak mungkin bil menerusi Jom Pay di 7-eleven.

Pelanggan berpeluang untuk memenangi dua hadiah utama iaitu wang tunai RM5,000  atau 10 hadiah istimewa berupa baucar e-tunai bernilai RM2,000.

Antara bil yang boleh dibayar melalui peraduan ini adalah seperti berikut:

1. Air Darul Aman (SADA)
2. Air Kelantan (AKSB)
3. Air Kuching (Kuching Water Board)
4. Air Melaka (SAMB)
5. Air Negeri Sembilan (SAINS)
6. Air Pahang (PAIP)
7. Air Perak
8. Air Selangor / Syabas
9. Air Terengganu (SATU)
10. Astro
11. Celcom
12. Indah Water Konsortium
13. Majlis Bandaraya Alor Setar – Tax
14. Majlis Bandaraya Seberang Perai – Rental, Tax & Compound
15. Majlis Perbandaran Kota Bahru – Rental & Tax
16. Majlis Perbandaran Subang Jaya – Tax
17. RedOne
18. Sabah Electricity (SESB)
19. SAJ (Ranhill SAJ Sdn Bhd)
20. Sarawak Energy
21. Singer
22. Tenaga Nasional Berhad
23. TIME
24. TM / Unifi
25. U Mobile
26. YES

Sumber: Siaran Akhbar 7-eleven

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY