Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh ET News, telefon pintar yang "dikitar semula" itu akan ditawarkan di Korea Selatan mulai penghujung Jun hadapan.
Bakal menggunakan nama Galaxy Note 7R (Ripper), ia akan dijual pada harga sekitar 700,000 won atau bersamaan dengan RM2670.68 mengikut kadar tukaran matawang semasa.
Ketika mula dipasarkan tahun lalu, Note 7 dijual dengan harga RM3199 di Malaysia, dan nampaknya penurunan harga yang ketara telah dilakukan oleh Samsung.
Laporan yang sama turut menyatakan bahawa, Note 7R akan dilengkapi dengan bateri yang berkapasiti lebih kecil (3200mAh) berbanding keluaran terdahulu (3500 mAh).
Walaubagaimanapun tidak dinyatakan tentang penawaran model ini ke negara lain dan ia mungkin hanya akan ditawarkan di Korea Selatan sahaja berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Samsung pada Mac lalu:
"Objektif memperkenalkan peranti diubahsuai adalah semata-mata untuk mengurangkan dan meminimumkan kesan terhadap alam sekitar. Butiran tentang produk termasuk nama, spesifikasi teknikal dan harga akan diumumkan apabila peranti mula ditawarkan. Samsung tidak akan menyewakan atau menjualGalaxy Note 7 "refurbished" di Amerika Syarikat."
Sumber; ET News
Berkaitan
- Ini Rupa Bentuk Galaxy Note 20 Ultra Yang Bakal Dilancarkan 5 Ogos Nanti
- Samsung Dalam Usaha Membawakan Ciri Mod Potret Pada Galaxy S8
- Pilihan Paparan 120Hz Tersembunyi Didalam Kemaskini Galaxy Note 9
- Samsung Galaxy Note 8 Bakal Mempertaruhkan 8 Ciri Menarik Dalam Sistem Kamera Mereka
- Imej Sebenar Honor Note 10 Dikatakan Telah Tersebar Di Internet
- Siri Redmi Note 8 Diacah Hadir Dengan Sistem Penyejukan Dan Alat Kawalan Permainan
- Samsung Galaxy M31s Dilihat Tampil Dengan Bateri 6000mAh Dan Exynos 9611
- Penilaian DxOMark Kamera Pixel 2 Kalahkan iPhone 8 Plus Dan Galaxy Note 8
- Samsung Akan Hasilkan Cip Khas Untuk Melombong Matawang Kripto
- Samsung 'Bahan' Apple