OnePlus 6T Bakal Dirasmikan 30 Oktober Ini, Mungkin Hadir Dengan Edisi Istimewa

OnePlus sebelum ini dikatakan akan memperkenalkan peranti flagship kedua mereka tahun ini, OnePlus 6T pada 17 Oktober. Namun, menurut maklumat terbaru, OnePlus 6T sah akan dilancarkan pada 30 Oktober ini di Bandar New York, US. Perkara itu diumumkan melalui Twitter rasmi mereka semalam.

https://twitter.com/oneplus/status/1049268168034795520

Menggunakan slogan "Unlock The Speed", OnePlus 6T ini dijangka akan hadir dengan cip pemprosesan sama seperti OnePlus 6 iaitu Snapdragon 845. Namun, ia dilaporkan mempunyai takuk seperti titisan air, lebih kurang sama dengan Oppo F9.

Selain itu, model kemaskini ini juga dikatakan mempunyai pengecasan DASH yang lebih pantas serta imbasan cap jari dari dalam skrin. Akan tetapi, OnePlus 6T akan menjadi model yang pertama keluaran mereka yang tidak mempunyai bicu audio 3.5mm.

Kredit : Pete Kau/Weibo


Tambahan pula, wujud beberapa dakwaan yang menyatakan satu edisi istimewa Porsche Design akan turut dilancarkan pada majlis itu nanti. Ini kerana CEO OnePlus, Pete Lau telah memuat naik beberapa gambar Porsche 911 GT3 RS dengan tema OnePlus di laman Weibo beliau.

Berhubung dengan perkara ini, OnePlus 6T dijangka akan mula didagangkan pada minggu pertama November tetapi harga pasaran hanya akan dapat diketahui selepas ia dilancarkan secara rasmi. Seperti biasa, tarikh kemasukan peranti berkenaan ke Malaysia juga masih belum dapat dipastikan setakat ini.

 

Sumber : OnePlus  BGR