Facebook Akhirnya Tampilkan Aplikasi Events Untuk Android

Facebook mengambila masa lebih kurang dua bulan untuk membawa aplikasi 'Events' ke peranti Android. Aplikasi 'Events' dari Facebook pertama kali di perkenalkan pada bulan Oktober lepas. Aplikasi Event ini sebenarnya adalah aplikasi yang sama dengan fungsi 'Event' di dalam aplikasi Facebook anda. Cuma kali ini Facebook telah menjadikan ia sebuah aplikasi yang berdiri dengan sendiri bersama beberapa penambahan ciri dan rekaan.

download-6

Seperti versi iOS, Events untuk Android juga membenarkan anda menambah kalender telefon untuk melihat kebarangkalian konflik. Namun, mengikut komen dan ulasan pengguna di PlayStore, ramai yang merungut dengan antara muka yang dipamerkan. Ianya dikatakan versi buruk jika dibandingkan dengan versi iOS. Facebook berkata mereka akan hadir dengan kemaskini pada masa akan datang untuk penambahbaikkan aplikasi mereka untuk peranti Android.

Sebelum ini, kita sudah tahu fungsi Event itu sendiri sudah lama boleh digunakan di Facebook. Kita juga dapat lihat undangan perkahwinan dengan pilihan pengesahan kehadiran ke majlis tersebut, seperti 'Going' 'Maybe' 'Not Going'. Jadi adakah releven untuk anda memuat turun aplikasi Event ke dalam telefon anda?. Ianya berbalik kepada setiap individu. Aplikasi Event adalah aplikasi yang memberikan servis untuk anda merancang aktiviti atau acara yang bakal dilangsungkan di sekitar atau kawasan terdekat dengan lebih mudah. Event juga memudahkan lagi pengguna untuk mendapatkan informasi tentang sesuatu acara, lebih mudah untuk melihat antara rakan anda yang akan pergi ke acara tersebut.