Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 11

OnePlus 13 Hadir Dengan Bateri Berkapasiti 6000mAh, Pengecasan 100W

Diterbitkan Oktober 28, 2024 oleh Rushsyafizal

OnePlus bakal melancarkan model andalan terbarunya, OnePlus 13, pada 31 Oktober di China. Pelancaran kali ini turut memperkenalkan pelbagai ciri inovatif, termasuk kapasiti bateri terbesar dalam sejarah OnePlus, teknologi pengecasan pantas, dan sistem kamera canggih.

OnePlus 13 mengekalkan rekaan unik dengan alert slider di bahagian sisi. Turut dilengkapi IR blaster, NFC pelbagai fungsi, dan port USB 3.2 Gen-C untuk pemindahan data pantas. Sistem audio juga telah ditingkatkan dengan pembesar suara stereo berkembar dan empat mikrofon AI untuk pengurangan hingar.

Dari segi kamera, Peranti ini menampilkan kamera utama 50MP LYT-808 dengan OIS, kamera ultra-lebar 50MP, serta kamera telefoto periskop LYT-600 50MP dengan 3x zoom optikal. Paparan pula ialah OLED 6.82 inci dengan resolusi 2K dan kadar segar 120Hz, memberi visual yang jelas dan lancar. Ia dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite dan ColorOS 15 berasaskan Android 15.

imagem_2024-10-28_024059132 (1)

OnePlus 13 akan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 6,000mAh, yang terbesar dalam siri OnePlus setakat ini. Ia juga menyokong pengecasan 100W berwayar SuperVOOC dan 50W tanpa wayar, membolehkan bateri penuh dalam masa hanya 36 minit. Tambahan lagi, OnePlus 13 menyokong protokol UFCS 100W, memudahkan pengecasan pantas menggunakan penyesuai pihak ketiga.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Comica VM40, Mikrofon Tanpa Wayar Untuk Kamera
  • HONOR X9c 5G Bakal Rasmi Pada 5 November Ini
  • Snapdragon 8 Elite Catat Skor Tertinggi AnTuTu Menerusi iQOO 13
  • Sony PlayStation 5 Boleh Dibeli Serendah RM1,709 Sempena 11.11

Sumber: livemint

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY